Páginas

Sunday, 19 June 2016

PRK Kuala Kangsar - Dato' Pehimi berkempen di hari-hari terakhir

Oleh: Wan Aziz Wan Idris

Dato' Pehimi membonceng motosikal bagi memudahkan aktiviti kempen.
*****
Kuala Kangsar, 17 Jun - Berdasarkan pengalaman kempen di saat akhir memberi impak yang positif kepada BN, sehubungan itu Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) turun padang membantu jentera BN di hari-hari terakhir kempen di Pilihanraya Kecik (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak.
Pengerusi BPUNT, Haji Ahmad Razif Abd Rahman juga berkampung di Kuala Kangsar bagi mengetuai jentera kempen disaat akhir bagi memastikan kemenangan kepada calon BN.

BPUNT bertanggungjawap menjaga PDM Taman Bunga Raya (PDM Aangkat) bersama BN Padang Rengas, Perak.

Dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, BN kalah dengan 143 undi dan 2 kita kalah majoriti 30 undi.


Berdasarkan rekod terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), PDM Taman Bunga Raya mempunyai 1,377 pemilih berdaftar termasuk 812 pengundi Melayu yang akan membuang undi Sabtu ini.

Dato' Din Adam selaku Ketua Kontigen BPUNT menaruh keyakinan BN akan memperolehi kemenangan dalam PRK kali ini.

No comments:

Post a Comment