Páginas

Tuesday, 21 June 2016

Rumah Komuniti - Rahmat Ramadan, Sinar di Aidilfitri

Oleh: Wan Aziz Wan Idris

Dato' Seri Idris dan To'Puan Che Kamariah menyerah replika kunci kepada Puan Minah di Kampung Pak Damalik.
*****
"Beruntung benar jadi orang Besut
Dapat rumah komuniti fikiran tidak kusut"
Jerteh, 21 Jun - Ramadan tahun ini memang satu rahmat yang tak boleh dinafikan oleh satu keluarga di Kampung Pak Damalik, Jertih kerana menerima sebuah rumah yang selesa yang dibina hasil sumbangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Besut, Terengganu.

Rumah yang mempunyai 3 bilik tidur memberi keselesaan kepada keluarga daif ini lebih-lebih lagi menjelang hari raya aidilfitri tak berapa lama lagi.

Puan Minah Jusoh yang mempunyai lima orang anak melahirkan rasa bersyukur kerana selama ini menumpang di rumah adiknya. Kegembiraan jelas terpacar di wajahnua kerana pada hari raya aidilfitri bakal tiba boleh menyambut di kediaman sendiri.

Ditemui semasa menerima kunci rumah komuniti miliknya yang disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Idris Jusoh serta isterinya To'Puan Seri Che Kamariah Zakaria.

Dalam ucapannya semasa majlis penyerahan replika kunci rumah di Kampung Pak Damalik, beliau memberitahu rumah komuniti ini yang berharga RM20,000 ini dibina dengan kerjsama Kolej Komuniti Terengganu dan Pahang. Sebanyak 100 buah rumah seumpama ini akan dibina di Parlimen Besut untuk rakyat yang memerlukan. 20 unit telahpun dibina dan Insha-Allah pada tahun 2016, 100 buah akan siap dibina dan akan dihuni oleh keluarga berkenaan.

Rumah yang berkeluasan lebih kurang 600 kaki persegi, kalau dibina secara biasa akan memakan kos RM40 ribu lebih. Dengan kerjasama pihak Kolej Komuniti Terengganu/Pahang yang telah membuat kajian terperinci oleh pensyarah dan kakitangan kolej komuniti maka berhasillah sebuah rumah dengan reka bentuk menarik dan kos yang menjimatkan.

Dato' Seri Idris, yang juga Menteri Pendidikan Tinggi mengajak rakyat khas di Parlimen Besut untuk bersyukur dengan usaha-usaha untuk meringankan beban rakyat oleh kerajaan hari ini.


Hari ini beliau menyampaikan kunci kepada 4 buah ruumah komuniti yang telah siap sebuah di Bukit Payung, Huu Besut, di Padang Luas Dalam dan Pak Damalik di Jerteh dan sebuah lagi di Kg. Sentosa, Kota Putera.

Hadir sama dalam majlis penyerahan ini Haji Azizul Jasmi Mohamad, mewakili ADUN Jerteh, Dato' Amir - Ketua Ketua Pengarah Jabatan Kolej Komuniti, Encik Mokhtar - Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terangganu, Encik Mohamad Awang - Pengerusi JKKK Pak Damalik serta pensyarah-pensyarah kolej komuniti terlibat dari Terengganu dan Pahang.

MediaJerteh

No comments:

Post a Comment