Páginas

Wednesday, 22 June 2016

Majlis Buka Puasa MB Bersama Anak Terengganu Di Kuala Lumpur Sabtu Ini

By Aida Abd Rahman -  21 Jun 2016


Anak Terengganu yang merantau dan menetap di Lembah Kelang berpeluang menyertai majlis `Anok Tranung Buke Pose Bersama YAB Menteri Besar Terengganu’ di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, ibu negara, Sabtu ini.
Majlis dijangka dhadiri Menteri Besar,  Ahmad Razif Abd Rahman dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan itu bermula jam 5 petang hingga 10 malam.


Di majlis yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PESAT) serta Grup NGOs Anak Terengganu Di Perantauan itu juga diagihkan Dana Bakti Remaja kepada pemohon yang tinggal di Lembah Kelang.

Seramai 8,000 tetamu dijangka menghadiri program tahunan itu.

Sementara itu, kepada anak Terengganu yang berminat menyertai majlis berkenaan, boleh menghubungi nombor yang tertera pada iklan yang diedarkan dan diviralkan menerusi media sosial.

Dalam perkembangan yang lain, kerajaan negeri melalui Persatuan Permata Anak Terengganu (Permata) meneruskan tradisi menyediakan bas pulang beraya ke negeri Terengganu secara percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang belajar di luar negeri ini.

Sebanyak lapan bas disediakan pada 1 Julai ini untuk membawa anak-anak Terengganu yang tidak ada tiket untuk pulang beraya ke kampung halaman.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment