Páginas

Thursday 23 June 2016

Saf Orang Muda menghayati kemuliaan Ramadan

Oleh: Wan Aziz Wan Idris
Ahli-ahli puteri sedang membaca rurah Yaasin dalam program Saf Orang Muda DUN Jerteh semalam
*****
Jertih, 22 Jun - Program penghayatan bulan Ramadan yang penuh Rahmat dan Berkat oleh pergerakan pemuda dan puteri negeri Terengganu dengan program Saf Orang Muda (SOM) yang diadakan seluruh negeri mellibatkan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) wajar diberi pujian.





DUN Jerteh tidak ketinggalan mengadakan program ini di Masjid Hadhari Jerteh. Program ini di bawah Transformasi Orang Muda (TOM) diisikan dengan aktiviti Solat Dhuha dan bacaan surah Yaasin beramai-ramai.

Aktiviti julung kali diadakan sempena cuti Nuzul Quran di negeri Terengganu.

Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof meluangkan masa bersama-sama dengan peserta pada pagi ini.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment