Páginas

Thursday 9 June 2016

Peruntukan RM900,000 Untuk Masjid Dan Surau Sepanjang Ramadan

By Suriati Ali -  9 Jun 2016


Hampir RM900,000 diagihkan kepada 488 masjid dan 1,202 surau di seluruh Terengganu bagi melaksanakan majlis berbuka puasa dan pelbagai aktiviti sepajang Ramadan ini.


Sebanyak RM237,400 disumbangkan kepada masjid dan surau dalam Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Kemaman (RM99,400), Dungun (RM83,800), Besut (RM147,000), Hulu Terengganu (RM114,300), Marang (RM97,700) dan Setiu (RM80,000).

Setiap masjid utama dibayar RM2,000, manakala RM1,000 untuk masjid daerah dan RM300 untuk surau.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab pihaknya terhadap institusi yang menjadi penghubung kepada masyarakat.

Katanya, pelbagai aktiviti di peringkat negeri dan daerah telah diatur bagi membolehkan lebih ramai masyarakat setempat terlibat dengan program dengan rumah Allah itu.

“Antaranya majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, tadarus al-Quran, qiamullail, solat-solat sunat dan sebagainya.

“Justeru, semua umat Islam di negeri ini diharap mengambil peluang menyertai setiap program yang dianjurkan di masjid-masjid seluruh negeri sepanjang bulan mulia ini bagi mendapatkan pahala yang lebih berganda,” katanya kepada Teganukita.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment