Walaupun pada permulaan dijangkakan hanya sepanjang dua kilometer nasi dagang disusun namun Terengganu Kitchen (T-Kitchen) telah berjaya menyusun sebanyak 13,935 paket nasi dagang sejauh 2.578 kilometer.
Kejayaan itu diumumkan oleh wakil dari MBOR, Mohamad Alex Edward setelah selesai pengiraan dilakukan pada pukul 1 petang tadi.
Penolong Pengurus Besar (Penjualan & Pemasaran) T-Kitchen, Rozeli Abdul Ghani berkata, kejayaan tersebut akan dijadikan pemangkin untuk mencipta rekod-rekod lain di masa akan datang.
Rozeli Abdul Ghani
*****
“T-Kitchen akan mencuba untuk mencipta rekod yang lain selepas ini seperti mungkin keropok lekor terpanjang.“Senang untuk saya katakan ianya akan melibatkan makanan tradisional negeri Terengganu,” katanya kepada teganukita, hari ini.
Program anjuran Terengganu Kitchen dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Parlimen Kuala Nerus dan Kolej Inforana tersebut berlangsung selama tiga jam bermula pukul 10 pagi.
Pihak urusetia dan peserta sedang menyusun paket nasi dagang untuk direkodkan ke dalam The Malaysia Book of Records. Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Menurut Alex, untuk program sebegini, pihak MBOR telah menetapkan beberapa kriteria utama bagi membolehkan ianya dicatatkan sebagai rekod.“Untuk program ini, kita akan bagi jarak minimum sejauh 1.2 kilometer. Jadi mereka perlu buat 1.2 kilometer atau lebih untuk mendapatkan rekod ini.
“Sebelum ini, sudah ada rekod yang dibuat tetapi nasi lemak iaitu sejauh lebih 900 meter,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment