Lebih 10,000 anak Terengganu yang menetap di sekitar Lembah Klang hadir ke majlis ‘Anok Tranung Buke Pose Bersama Menteri Besar Terengganu’ di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, majlis yang dianjurkan setiap tahun itu tampil berbeza pada kali ini.
“Kali ini ia lebih santai. Sebelum ini kita buat di hotel atau dewan besar yang boleh muat sekitar 3,000 sehingga 4,000 orang sahaja.
“Pada hari ini, lebih 10,000 orang yang hadir. Konsep sebegini beri peluang lebih ramai tetamu hadir,” katanya.
Ahmad Razif berkata, berdasarkan maklum balas positif yang diterima, konsep sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.
“Selain dari itu, ia bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara rakyat Terengganu yang tinggal di sekitar Lembah Klang selaras dengan konsep TTB iaitu Keluarga Bahagia,” jelasnya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment