Páginas

Sunday 19 June 2016

102 Premis Perniagaan Terima Anugerah Kedai Harga Patut Seluruh Terengganu

By Aida Abd Rahman -  16 Jun 2016
 Roslee (tiga dari kanan) meninjau harga bahan mentah yang termasuk dalam barang harga terkawal di Pasaraya sabasun 2, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Sebanyak 102 daripada 148 premis perniagaan di Terengganu menerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKPH), dengan 36 daripadanya melibatkan kategori gerai dan kedai makanan.


Sementara 11 daripadanya kedai pakaian, kedai alat tulis (13), pasaraya (19), pasar mini (9) dan kedai runcit (14).

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata program KPDNKK Terengganu dengan kerjasama Jabatan kesihatan, pihak berkuasa tempatan dan badan bukan kerajaan termasuk `Friends of KPDNKK’ turun padang melaksanakan penilaian dan pemeriksaan di 148 premis di seluruh  Terengganu.

Katanya, penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada kriteria ditetapkan seperti harga produk yang dijual, kualiti perkhidmatan, suasana atau persekitaran premis perniagaan serta peragaan barangan.

“Oleh yang demikian , saya menyeru kepada masyarakat pengguna untuk menyokong premis-premis perniagaan yang dikenalpasti ini dan sekaligus menjadi pengguna yang bermaklumat, berkemahiran dan berdaya upaya serta mampu untuk menangani pelbagai isu serta cabaran kepenggunaan pada masa kini.

“Dalam memastikan suara pengguna diutamakan, KPDNKK memperkenalkan Friends of KPDNKK yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada KPDNKK,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa Tahun 2016 & AKHP, di Sabasun 2, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samad.

AKPH merupakan satu pengiktirafan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK) kepada peniaga yang sentiasa memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna memenuhi kehendak dan keperluan pengguna pada harga yang berpatutan.


Sementara itu, AKPH bagi kategori gerai makan layak diterima Concept Cafe, Batas Baru; Die Sungai Tunggal, Gong Badak; Warung Mama Tea, Kubang Badak dan Yee Stall 5, Batu Buruk.

Kedai makan pula diterima A & A Nasi Ayam, Marang; Alias Nasi Dagang, Chendering; CKZ Dagang Corner, Dataran Austin;  Hazlan Indoor Soccer Bistro, Kuala Ibai; Nasi Kukus Sempoi Alias 2, Gong Kapas; Nur Qaseh Chicken Chop, Seberang Takir; Pok Dee Katering & Kedai Makan, Seberang Takir dan Rafana Enterprise, Jalan lapangan Terbang.

Manakala kedai pakaian seperti Desa Murni di Batu 6, Muaz Textiles, Dataran Austin; Pasarayaku Trading Sdn Bhd, Jalan Tok Lam; Zaimah Othman, Kuala Berang; KYT Textile And Fashion, Jertih; Pelangi Timur Collections, Jertih dan Zaleha Textiles Sdn Bhd, Jertih.

Bagi kedai alat tulis pula seperti JT Stationary, Gong Badak; Kedai Buku Banggol, Jalan Sultan Sulaiman; Pustaka Seri Intan Sdn Bhd, Gong Badak; Kedai Buku Wan Ariffin Sdn Bhd, Dungun dan TFA Jaya Enterprise, Bandar Permaisuri.

Sementara kategori pasaraya termasuk Sabasun Hyperuncit di Bukit Kecil dan Gong Badak; Mydin di Jalan Sultan Mohamad dan Gong Badak; The Store dan Hock Kee seng, Kuala Terengganu.

Pasar mini pula AMZ Hyperuncit dan Permata Hyperuncit Tranding Sdn Bhd di Manir; Trealeaf, Jalan Petani; Abd Wahab Abd Kadir Sdn Bhd, Alias Mini Market, Pasaraya Marang di Marang; Koperasi Perwaja Kemaman Bhd; Pok eng Tin Enterprise Sdn Bhd, Setiu dan Zua Permai Trading, Setiu.

Bagi kategori kedai runcit pula seperti ASA Frozen Food & Marketing, Kampung Manir; ASFA Niaga, Manir; DB ASBA Trading SDN Bhd, Durian Burung; Yackoob & Son Enterprise, Jalan Pejabat; Pasaraya DM Sdn Bhd, Kuala Berang; RIZQ Jaya Trading dan Shakri Mini Market, Besut.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment