Páginas

Wednesday 22 June 2016

Meninjau Proses Agihan Dana TTB DUN Jerteh di Agrobank

Oleh: Wan Aziz Wan Idris

Dato' Pehimi bertanya sesuatu kepada penerima dana TTB di Agrobank Jerteh.
*****
22 Jun, Jerteh (Selasa) - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh tengahari kelmarin sempat membuat kunjungan ke cawangan Agrobank Jerteh, bagi meninjau sendiri proses agihan Dana TTB sempena hari raya aidilfitri 2016.



Dato' Pehimi yang juga EXCO kerajaan negeri berharap agihan dana ini berjalan lancar pada tahun ini supaya penerima boleh menggunakan untuk sambutan hari lembaran tak lama lagi.

Penerima dana bagi DUN Jerteh boleh dituntut di cawangan Agrobank sahaja dan di Daerah Besut satu lagi cawangan Agrobank berada di Pekan Kuala Besut.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment