Páginas

Wednesday, 22 June 2016

Dana Raya: 11,607 Permohanan Gagal Diteliti Semula

By Suriati Ali -  21 Jun 2016


Kerajaan negeri sedang meneliti dan mempertimbang semula 11,607 pemohonan yang gagal mendapatkan Dana Hari Raya Aidilfitri yang mula diagihkan minggu lalu.


Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh (gambar) berkata, pihaknya melantik Jawatankuasa Penilai yang diketuai Pegawai Daerah di setiap kawasan bagi tujuan itu.

Katanya, mereka diberi tempoh selama sebelas hari, berakhir 30 Jun untuk menilai semula setiap pemohonan, sama ada mereka yang gagal itu benar-benar layak atau sebaliknya.

“Sekiranya lulus, pembayaran akan dibuat selepas Aidilfitri dan boleh menebus baucer masing-masing di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank berdekatan sebelum 16 Oktober depan,”katanya.

Samiun berkata, kebanyakan kes pemohon gagal menerima bantuan itu disebabkan tidak memenuhi syarat dan ada juga bertindak memalsukan maklumat.

“Berdasarkan rekod, sejumlah 4,942  kes pemohon bukan pengundi di Terengganu, gagal mengemukakan maklumat lengkap (4,756 kes) dan suami atau isteri memohon bersama (1,064 kes)

“Rekod lain, pemohon sudah meninggal dunia (445 kes), pendapatan melebihi RM2,000 (109 kes), tiada maklumat pasangan (66 kes), pemohon ibu atau bapa tunggal (43 kes), tidak memenuhi syarat umur (31 kes) dan pemohon bujang (22 kes),”katanya teganukita.

Individu yang ingin membuat rayuan boleh berhubung dengan Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) di DUN masing-masing untuk kemaskini maklumat pemohon.

Senarai yang sudah dikemaskini kemudiannya akan dipanjangkan kepada pejabat daerah untuk dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Penilai.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment