Ujarnya, Lim Guan Eng telah membuat pelbagai tuduhan terhadap dirinya termasuk dakwaan menfitnah ekoran pendedahan isu Taman Manggis.
“Dari dulu, saya dituduh macam-macam oleh Guan Eng kononnya ayam, penakut, pengecut.. pelacur politik…
“Saya tidak boleh melanggar arahan IGP (Ketua Polis Negara) sebagai seorang menteri tetapi kalau gatal sangat nak berdebat, saman la saya. Kalau ada proses mahkamah saya rasa IGP sendiri tidak boleh mengelak dan saya akan hadir ke mahkamah untuk menjawab semua pertuduhan atau apa sahaja yang dikatakan oleh Guan Eng namun malangnya sampai sekarang belum lagi (saman).
“Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Tapi apapun, yang penting beliau kena jawab kepada SPRM dan jawab kepada pihak polis yang sedang menyiasat. Saya ucapkan selamat berjaya dalam mempertahankan hujah-hujahnya terhadap isu-isu yang ditimbulkan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Sebelum ini Rahman Dahlan telah mencabar Guan Eng untuk memfailkan saman terhadap beliau atas dakwaan memfitnah kerana mendakwa dirinya sengaja tidak mahu meneruskan debat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis.
Rahman Dahlan dalam kenyataannya berkata, sekiranya Guan Eng merasakan apa yang telah didedahkan oleh dirinya adalah satu pembohongan maka ambillah tindakan saman malah dirinya amat berbesar hati untuk berjumpa Guan Eng di mahkamah.
Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila Guan Eng mendakwa Rahman Dahlan gagal sebagai seorang menteri selepas debat secara terbuka itu dibatalkan.
Kedua-dua pemimpin itu dijadualkan berdebat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis tetapi dibatalkan atas nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
Debat itu dibatalkan kerana ia didakwa menyebabkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dilakukan.
Rahman yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut melahirkan rasa kecewanya terhadap Guan Eng kerana sehingga kini Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan itu gagal menjawab semua persoalan yang ditimbulkan daripada banyak pihak.
Tegasnya, isu yang ditimbulkan olehnya termasuklah oleh rakyat Pulau Pinang sendiri bukanlah isu politik. Selain isu penjualan Taman Manggis, persoalan yang masih tidak dijawab oleh Guan Eng adalah berkaitan pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn dan juga isu kos terowong dasar laut.
“Isu ini bukan susah untuk dijawab sebenarnya. Ini bukan soal politik. Ini soal dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikiritik ramai orang termasuk penduduk Pulau Pinang yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo.
“Timbul pula isu terowong. Bila mereka bertanya kepada kerajaan persekutuan, kita menjawab dengan baik. Kita bangun dan jawab dalam parlimen dengan tatacara, nahu dan cara yang baik. Bukan dengan cara Guan Eng yang maki orang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ketua menteri.
“Inilah perbezaan BN dengan pembangkang. Sebab itu kita meminta kepada mereka untuk menjawab bukan sahaja menjawab dengan telus tetapi secara ‘gentleman’. Jangan lupa anda adalah seorang ketua menteri, tahap itu tinggi. Bukan ahli politik jalanan yang cakap sembrono begitu sahaja,” sindir Rahman.
Beliau turut membidas tindakan Guan Eng yang suka menggunakan alasan kononnya tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah satu niat atau anasir jahat.
Bagi Rahman, jawapan tersebut bukan melambangkan seorang perlakuan ketua menteri.
“Saya rasa malah mungkin juga rakyat Pulau Pinang dan kepimpinan politik negeri itu merasakan yang sama iaitu sudah sampai masa ketua menteri negeri itu datang dari negeri Pulau Pinang sendiri dan bukannya dari negeri lain.
“Sebab pada pandangan saya banyak tindakan yang dibuat oleh Guan Eng pada waktu ini tidak memberi kelebihan kepada penduduk Pulau Pinang bagi jangkamasa panjang.
“Saya juga ada dengar ura-ura mahu tukar ketua menteri. Saya alu-alukan sebab saya rasa ramai lagi pemimpin Dap dari Pulau Pinang yang berkaliber dan mempunyai kemampuan bagi menggantikan tempat Guan Eng,” katanya lagi.
– MediaUMNO
No comments:
Post a Comment