Páginas

Wednesday, 8 June 2016

DUN Hantar Penyokong Hari Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar

Oleh: Wan Aziz Wan Idris

 Bersemangat!
*****
Kuala Kangsar, 6 Jun (MediaJerteh) - Lebih 50 orang penyokong BN/UMNO dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Besut, Terengganu hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di hari penamaan calon Pilihanraya Kecik (PRK) Parlimen Kuala Kangsar yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.


Rombongan yang datang dengan sebuah bas dan van pusat khidmat DUN Jerteh bersemangat bagi memberi sokongan padu kepada calon BN.

ADUN Jerteh, Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu juga bersama-sama di hari penamaan calon berkenaan.





PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Amanah dan Bebas.

Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid akan ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar terdiri 22,496 Melayu, Cina (7,757), India (2,287), dan selebihnya ialah Bumiputera Sarawak, Bumiputera Sabah, dan Orang Asli.

Pengundian diadakan pada 18 Jun ini.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment