Páginas

Tuesday, 14 June 2016

"This is Pak Wel from Kampung Gong Badang"

Oleh Wan Aziz Wan Idris

Dikenali dengan panggilan Pok Wel, orang kurang upaya penglihatan yang tinggal di Kampung Gong Badang, Jertih.


Rasanya lebih 20 tahun tak bersua dari dekat dengan beliau. Awal tahun 80-an dulu saya dan rakan-rakan sekampung terlibat dengan projek belia bertani di belakamg rumah Pok Long berhampiran dengan rumah Pok Wel nih. Boleh dikatakan hari-hari berjumpa dan bertegur sapa.

Satu kisah kelakar berlaku boleh dijadikan iktibar, kami datang ke tapak projek tani pada waktu malam. Dalam suasana gelap gelita kelihatan Pok Wel dalam keadaan tergesa-gesa mencari sesuatu berjalan tanpa bantuan tongkat atau ditemani keluarga. Rakan saya bertanya kepada beliau, "Nak ke mana Pok Wel tengah malam gelap ni?." Beliau selamba bagitahu "Cari lembu terlepas dari kandang.".

Terlopong kami, dahlah malam gelap, dia pula cacat penglihatan berusaha mencari peliharaannya terlepas dari tambatan.

Memang kurang upaya penglihatan, namun 'mata hati' terang bercahaya berbanding kita yang normal ini.

Terima kasih kepada Dato' Seri Idris Jusoh dan Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof yang meluangkan masa berkunjung ke teratak Pok Wel sempena Ramadan ini.

Dari raut senyuman Pok Wel, jelas berasa amat teruja dengan kecaknaan dua pemimpin disegani ini.

Alhamdulillah. Syukur Ramadan.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment