Páginas

Tuesday 14 June 2016

Azmin Membilang Hari Dijerut Dalam Kemelut Politik Di Selangor

Oleh Wan Hafiz Hamzah


SUNGAI BESAR, 11 Jun – Bekas Aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Lokman Adam menjangkakan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan menghadapi tekanan yang lebih kuat daripada gerakan yang cuba menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang disokong oleh Presiden PKR, Wan Azizah dan juga Rafizi Ramli yang jelas tidak sebulu dengan corak pemerintahan beliau menerajui negeri tersebut.


Menurutnya, kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar kini goyah memandangkan sebelum ini kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor diselamatkan atas sokongan ADUN Pas dalam usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar sebelum ini.

“Sebenarnya dalam isu calon bagi pilihanraya kecil di Sungai Besar ini, Azmin sebenarnya meminta Pas dan PAN untuk memberikan laluan kepada PKR meletakkan calon, tetapi nampak gayanya kedua-dua parti tersebut tidak memberi laluan kepada Azmin.

“Perkara ini akhirnya memaksa Azmin untuk tunduk dengan PAN serta memperlihatkan sokongan beliau terhadap parti tersebut secara terang-terangan.

“Tindakan Azmin ini secara tidak langsung memperlihatkan beliau telah mengkhianati Pas, yang mana sokongan daripada ADUN Pas sebelum inilah yang telah menyebabkan beliau kekal sebagai Menteri Besar dan mematahkan cubaan untuk menumbangkan beliau dari kerusi Menteri Besar.

“Jadi dalam isu ini, saya fikir selepas pilihanraya kecil, tak kiralah apa yang terjadi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Azmin terpaksa berhadapan dengan keadaan Pas akan meletakkan kesalahan kepada Azmin kerana Azmin mengkhianati mereka dengan memberikan sokonngan kepada PAN secara terang-terangan. Dan sudah pastinya sokongan Pas terhadap Azmin akan berubah berbanding sebelum ini,” jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah Lokman, berdasarkan senario tersebut, beliau menjangkakan sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil di Sungai Besar ini, gerakan kumpulan Wan Azizah yang akan dibantu oleh Rafizi akan menjadi semakin hebat dalam usaha untuk menjatuhkan Azmin sebagai Menteri Besar.

“Usaha untuk menjatuhkan beliau ini pastinya akan bertambah hebat kerana dulu Azmin mempunyai Pas sebagai tempat bergantung tetapi hari ini apabila Azmin menyatakan sokongan terang-terangan kepada PAN, sudah pasti  beliau akan kehilangan sokongan daripada Pas dan terpaksa bergantung kepada wakil rakyat PAN, Dap dan PKR.

“Ini akan menyebabkan kedudukannya sangat-sangat goyah kerana kita tahu dalam PKR sendiri wujudnya gerakan yang mahu menjatuhkan beliau. Dap pula seperti yang kita tahu tidak mahu Azmin menjadi kepala kerana mereka lebih yakin dengan Wan Azizah, kerana watak Wan Azizah lebih mudah untuk diurus dan lebih mudah untuk dibonekakan berbanding Azmin.

“Dalam senario ini saya lihat tanpa bantuan Pas, Azmin kini dalam keadaan tersepit dan berkemungkinan besar akan menerima nasib yang sama seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan perkara ini pasti tidak dapat beliau dielakkan lagi,” tegasnya.

–MediaUMNO

No comments:

Post a Comment