Páginas

Wednesday, 25 February 2015

Al Fatihah dan Takziah

Al Fatihah dan Takziah dirakamkan kepada YB. Mohd Mahdi Musa dan keluarganya  di atas kembalinya ayahndanya ke Rahmatullah pada pagi ini jam 5.00 pagi. 
Jenazah akan solatkan dan dikebumikan selepas Zohor.

Tiga Mantan Menteri Besar Bersetuju Duduk Semeja Dalam Forum

AUTHOR: SURIATI ALI | 24 FEBRUARY 2015 

Ahmad Razif menandatangani buku rekod tetamu sebaik tiba di Wisma Persekutuan, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, bagi menjayakan Program Turun Padang. Foto Harish Fadzilah
*****
Tiga mantan Menteri Besar Terengganu menyatakan persetujuaan untuk duduk semeja di satu majlis forum bagi bertujuan menjelaskan inspirasi dan pandangan mereka dalam membangunkan Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata beliau akan menjadi moderator pada majlis itu yang dijangka berlangsung selepas tempoh setahun beliau menjadi Menteri Besar pada 12 Mei nanti.

Madrasah Moden Pertama Dibuka Di Terengganu 1 April

AUTHOR: NORAINI JUSOH | 24 FEBRUARY 2015


Madrasah moden yang pertama di Terengganu akan dibuka bermula 1 April ini seiring dengan hasrat kerajaan negeri bagi membangunkan sebanyak mungkin sekolah pondok moden di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan negeri dalam menjadikan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu.

Kaki Ponteng Solat Jumaat Dipelawa Naik Van Jenazah

AUTHOR: SURIATI ALI | 24 FEBRUARY 2015

Ahmad Razif berselaman dengan penjawat awam ketika Program Turun Padang, di Wisma Persekutuan, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini Foto Harish Fadzilah
*****
Kerajaan negeri akan mengenakan tindakan lebih tegas, termasuk menahan dan membawa mana-mana lelaki islam  di Terengganu menaiki van jenazah sekiranya didapati ponteng solat Jumaat.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  tindakan itu selaras dengan arahan semua pasar raya di negeri  perlu ditutup selama dua jam, berakhir 2.30 petang pada setiap Jumaat yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.


Tuesday, 24 February 2015

Tips Kekal Sihat di Musim Panas


NajibRazak.com

Dewan Ulama PAS gesa ambil tindakan terhadap pemimpin, ahli terbabit PASMA

SABTU, 21 FEBRUARI 2015 @ 11:35 AM
Oleh Norakmah Mat Youb | norakmah@bh.com.my

SERDANG: Dewan Ulama PAS Pusat hari ini menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin dan ahli parti yang terbabit dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).

Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yaakob berkata, ini bagi memastikan anasir perosak tidak lagi mengambil kesempatan daripada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Kejohanan Terbuka Petanque Alur Lintah


Haji Pehimi meluangkan masa hadir menyampaikan hadiah Kejohan Terbuka Petanque Alur Lintah anjuran Pemuda UMNO DUN dan JKKK Alur Lintah bertempat di Tapak Pasar Rabu Pekan Alur Lintah.

Cuaca Panas – Terengganu Ambil Langkah Berjaga

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 24 FEBRUARY 2015 


Kerajaan negeri mengambil pendekatan berjaga-jaga dalam menghadapi fenomena cuaca panas termasuk meminta Kementerian Kesihatan menyediakan persiapan rapi terutama dari segi maklumat kepada orang ramai berhubung implikasi penyakit yang bakal dihadapi sepanjang tempoh itu

Monday, 23 February 2015

5,000 Nelayan Terengganu Terima RM200 Sebulan

AUTHOR: FAUZI MOHD | 22 FEBRUARY 2015 


Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengagihkan bantuan ehsan kepada kira-kira 5,000 nelayan di Terengganu melibatkan peruntukan kira-kira RM12 juta tahun lepas.

Pengarah LKIM Terengganu, Mohd Zaid Mohd Nor berkata, setiap nelayan yang berdaftar, mempunyai lesen dan aktif ke laut, akan menerima bantuan ehsan RM200 sebulan.

Program Turun Padang bersama Rakyat

 Haji Pehimi membonceng motor yang ditunggang oleh Encik Mat Aziz - Pengerusi PDM Padang Luas.
 Menjamu selera.
 Haji Pehimi bersama penduduk Kg. Paruh.
 Menternak kelulut antara usaha penduduk kampung yang mendapat pulangan lumayan.
Mengziarah penduduk meninggal dunia di Kg. Gong Gucil.

21 Februari 2015 (Sabtu)

Foto Pilihan Hari Ini



22 Februari 2015 - Haji Pehimi - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu merasmiankan Klinik 1Malaysia di Kg. Guntung Luar, Setiu.

Sunday, 22 February 2015

“Wakil Rakyat Halimunan, Awak Kat Mana?”

AUTHOR: FAUZI MOHD 21 FEBRUARY 2015 



Sekumpulan pengundi yang di DUN Bandar meluahkan rasa tidak puas hati apabila wakil rakyat mereka, Azan Ismail diletakkan dalam senarai ‘wanted’ (dikehendaki), lapor Sinar Harian.

Para pengundi DUN Bandar dikatakan tidak berpuas hati dengan wakil rakyat mereka yang juga Pengerusi PKR Terengganu dengan menggantung banting sebagai tanda protes menuntut supaya ‘undi dikembalikan’.

Foto Pilihan Hari Ini - Agihan Bantuan Banjir di Padang Landak


21 Fabruari 2015 - Haji Pehimi mengagihkan bantuan kepada penduduk-penduduk mangsa banjir Disember 2014 Mukim Pelagat, di Dewan Serbaguna RAKR Lak Lok. 

Tindakan MAIDAM Untuk Mendidik Remaja, Bukan Menghukum – MB

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 21 FEBRUARY 2015 


Tindakan yang lebih praktikal akan diambil oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berhubung isu berkelakuan tidak senonoh di khalayak umum.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata konsep yang akan digunakan lebih menjurus kepada mendidik golongan belia di Terengganu.

Silibus Khas Untuk Skuad Permata TTB

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 21 FEBRUARY 2015


Skuad Sukarelawan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) TTB akan dilatih serta diberi kemahiran menyelamat bagi membuat persedian awal menghadapi bencana.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, mereka akan terus dibimbing walaupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kelantan Ikut Langkah Terengganu Tutup Premis Perniagaan Waktu Solat Jumaat

AUTHOR: FAUZI MOHD 16 FEBRUARY 2015


Kerajaan Negeri Kelantan mengikut jejak langkah Terengganu menutup pusat beli-belah selama dua jam pada waktu solat Jumaat.

Portal berita mStar dalam laporannya semalam berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kini memperkenalkan langkah yang hampir sama dengan Terengganu.

Wednesday, 18 February 2015

Ketua Ulama PAS Pahang Dedah Komplot Lawan Presiden, Sebar Semula Video SU Agung

AUTHOR: FAUZI MOHD | 17 FEBRUARY 2015


Pendedahan dari Ketua Dewan Ulama PAS Pahang ini pasti akan menambah bahang yang melanda PAS ketika ini.

Berikut adalah kronologi ‘serangan saraf’ yang ditujukan terhadap Istana Selangor.

Pesara Kerajaan Kematian Denggi Pertama Tahun Ini

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN  | 18 FEBRUARY 2015


Haji Pehimi menyampaikan cenderamata semasa melancar OPS Tahun Baru Cina di Kuala Terengganu.
*****
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata seorang pesara kerajaan berusia 61 tahun merupakan mangsa pertama Terengganu yang meninggal dunia akibat demam denggi setakat ini tahun ini.

Beliau berkata, mangsa meninggal Ahad lalu.

490 Anggota Polis Digerakkan Ops Selamat Tahun Baru Cina

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 17 FEBRUARY 2015


Haji Pehimi membetulkan topi kelendar seorang penunggang motor semasa melancar OPS Selamat Tahun Baru Cina
*****

Seramai 490 pegawai dan anggota Polis akan ditugaskan sepanjang musim cuti perayaan Tahun Baru Cina bagi menjaga keselamatan di sekitar Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Dato’ Jamshah Mustapa berkata anggota-angota akan ditugaskan bukan sahaja di jalan raya malah turut merangkumi kawasan-kawasan yang sering terjadi jenayah.

Tuesday, 17 February 2015

Gong Xi Fa Cai

Selamat Tahun Baru China
daripada
YB. Haji Muhammad Pehimi bin Yusof
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih
dan
Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Jertih

Foto Pilihan Hari Ini - Agihan Limau Manderin sempena Tahun Baru China

Haji Pehimi bersama jawatankuasa MCA Bahagian Besut mengagihkan limau manderin sempena menyambut tahun baru china kepada peniaga-peniaga di Bandar Jertih - 15 Feb 2015

“Saya Berani Bersumpah Di Mekah, Anwar Salah” – Shafee

AUTHOR: PENGARANG 15 FEBRUARY 2015 

TAN SRI DR. MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH 
*****
KES Liwat II melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak 2008 telah menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Namun, pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya oleh “orang jahat” masih dicanang oleh pembangkang bagi meraih simpati dan mengelirukan rakyat.

Wednesday, 11 February 2015

Kes Liwat DSAI: Beberapa Fakta Wajar Difikirkan

Rakan Seperjuangan, 
Ramai dalam kalangan anda mungkin sangat gembira kerana Anwar memasuki penjara. Namun , jangan sesekali kita bergembira hanya disebabkan perbezaan ideologi dan landasan politik kita. Ini bukan satu isu politik.

Sekirannya kita mahu bergembira maka biarlah kegembiraan itu berpaksi kepada fakta , kebenaran dan perundangan. Isu ini adalah satu isu yang melibatkan perundangan tanpa mana-mana elemen politik. Biarlah kegembiraan ini berlandaskan kepada keadilan.

Tuesday, 10 February 2015

Budaya menjaga tandas agar cantik dan bersih

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN | 10 FEBRUARY 2015 

Ini tandas di Pulau Panyee, bersih dan cantik
*****
Sesuatu yang kita dapat nafikan, tandas di Thailand didapati amat memuaskan kebersihannya, walaupun ramai yang kurang selesa dengan reka bentuk mangkuknya.

Kita lihat suatu transformasi sikap telah dijalankan kepada rakyat negara itu dari segi menjaga kebersihan tandas.

Liwat: Mahkamah tolak rayuan akhir Anwar

10 Februari 2015 12:15 PM

PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.
Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.

- UTUSAN ONLINE

Apa nak jadi, jadilah - Anwar

NORLIZAH ABAS  |  10 Februari 2015 9:33 AM

PUTRAJAYA 10 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau berdoa dan bertawakal terhadap sebarang keputusan yang bakal diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Saya telah melaluinya banyak kali. Saya pun macam kamu juga, berdebar-debar. Que sera sera (apa nak jadi, jadilah)," demikian reaksi ringkasnya kepada pemberita dalam bilik bicara Mahkamah Persekutuan 1, hari ini.

- UTUSAN ONLINE.

Ketidakhadiran ulama Pas jadi tanda tanya

JUANI MUNIR ABU BAKAR  |  10 Februari 2015 10:12 AM

PUTRAJAYA 10 Feb. - Ketidakhadiran kumpulan ulama Pas terutamanya Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke prosiding akhir rayuan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini menjadi tanda tanya.

Jika sebelum ini ketika kes ini masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Hadi dan ulama-ulama Pas turut hadir bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar.

Hanya kelihatan di Istana Kehakiman hari ini ialah pemimpin Pas yang dilihat pro Anwar antaranya, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad.

‎- UTUSAN ONLINE

Foto Pilihan: Dua Exco Bertemu

Haji Pehimi - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri berkata sesuatu kepada Haji Nawi - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri sewaktu penutup Bengkel MPR DUN Jertih di Kuala Terengganu pada 31 Januari 2015. 

Pusat Rawatan Ibu dan Bayi HSNZ Memerlukan 200 Jururawat Tambahan

AUTHOR: SURIATI ALI | 9 FEBRUARY 2015 

Pusat Rawatan Ibu dan Anak
*****
Kompleks Pakar Materniti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) memerlukan sekurang-kurangnya 200 jururawat lagi bagi membolehkan Pusat Rawatan Ibu dan Bayi itu beroperasi sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Mohamad Omar berkata pihaknya hanya menerima lebih 100 jururawat sahaja ketika pra pembukaan awal Mac tahun lalu, sedangkan kapasiti sebenar memerlukan 320 jururawat.

Daftar Online Program Usahawanan

AUTHOR: SURIATI ALI | 9 FEBRUARY 2015


Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mempelawa graduan di negeri yang berminat untuk menjadi usahawanan, mendaftar secara online bagi menyertai Program Usahawanan Graduan Terengganu.

Program bertujuan meneroka peluang kerjaya itu kepada siswazah yang belum mandapat pekerjaan untuk dibimbing menjadi seorang usahawanan.

Monday, 9 February 2015

Foto Hari Ini - Bantuan Pasca Banjir oleh Isteri YAB. PM

 
Dato' Ahmad Razif bersama Datin Seri Rosmah Mansor di majlis penyampaian bantuan pasca banjir di SK.RKT. Seberang Tayor, Kemaman pada 8 Fabruari 2015.
Haji Pehimi bersama kepimpinan negeri menunggu ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor di SK.RKT. Seberang Tayor, Kemaman pada 8 Fabruari 2015.

Boikot Peniaga Tidak Turun Harga Barang – Pemuda UMNO

AUTHOR: FAUZI MOHD | 3 FEBRUARY 2015 


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) berkata, isu memboikot peniaga yang tidak menurunkan harga barangan selepas harga minyak telah turun melibatkan kuasa pengguna.

Katanya, dalam keadaan harga minyak telah turun, pengguna seharusnya memainkan peranan dan menekan peniaga untuk menurunkan harga barang.

Pandu Puteri Sumbang RM1.33 Juta Sekolah Terjejas Banjir Di Terengganu

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 8 FEBRUARY 2015


Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor, Air Putih. FOTO oleh Harish Fadzillah.
*****
Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor tiba di Kemaman hari ini bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah banjir yang berlaku awal Januari lalu.

Beliau yang juga Yang Dipertua (YDP) Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan YDP Pandu Puteri Malaysia menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terdiri daripada pelajar, guru, kakitangan sokongan sekolah dan masyarakat setempat.

Terengganu Selaras Peranan JKKK Dan JPP

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 7 FEBRUARY 2015 


Kerajaan negeri akan menyelaras peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK)  dengan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) supaya tidak berlaku pertindihan dan kedua-duanya mampu memberi manfaat secara maksimum untuk kepentingan rakyat seluruh Terengganu.

Wednesday, 4 February 2015

DAP Salurkan RM1.5 Juta Kepada PasMa Untuk Jatuhkan Hadi Awang

AUTHOR: FAUZI MOHD | 3 FEBRUARY 2015 


DAP didakwa menyalurkan RM1.5 juta kepada kepada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk menjatuhkan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Exco Kesihatan Pujuk Mak Munah ke Hospital

Berita mengenai 'Mak Munah' di Sinar Harian hari ini.
*****
4 Februari 2015 - Warga emas yang terlantar sakit di Felda Tenang, Hulu Besut akhirnya bersetuju mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahira (HSNZ), Kuala Terengganu selepas menerima kunjungan Haji Muhammad Pehimi Yusof, Pengerusi Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terenggau.

Haji Pehimi yang berkunjung ke rumah warga emas yang mesra dengan panggilan Mak Munah angkur dengan pujukan dan nasihat Haji Pehimi.

'Pesakit enggan ke hospital'

WARTAWAN SINAR HARIAN | 3 Februari 2015
Doktor memeriksa keadaan kesihatan Munah di rumahnya di Felda Tenang, pagi kelmarin. Doktor memeriksa keadaan kesihatan Munah di rumahnya di Felda Tenang, pagi kelmarin.
*****
FELDA TENANG - Susulan laporan Sinar Harian pada 1 Februari lalu mengenai penderitaan seorang warga emas, Munah Abdullah, 61, yang perutnya membesar sejak 12 tahun lalu, dua doktor ke rumahnya, di sini, untuk menjalankan pemeriksaan, pagi kelmarin.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohamad Omar berkata, dua pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Pasir Akar diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap wanita itu.

Tuesday, 3 February 2015

Perjumpaan Mesra Pemuda Jertih

 

2 Februari 2015 - Haji Muhammad Pehimi selaku Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Jertih telah mengadakan perjumpaan mesra dengan Ketua-ketua Cawangan Pergerakan Pemuda UMNO dalam DUN Jertih di sebuah restoran di Bandar Jertih.

Dalam perjumpaan itu Haji Pehimi memberi penekanan kepada ketua-ketua pemuda cawangan supaya mengerakan jentera di peringkat cawangan. Penyelaras Pemuda DUN akan membantu cawangan-cawangan pemuda mengerakkan aktiviti dan program. 

Kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Haji Pehimi dan isteri menyampaikan cenderamata kepada Dato' Sri Rohani Abd. Karim.
*****
2 Februari 2015 - Haji Muhammad Pehimi Yusof bersama isteri telah mengiringi Dato' Sri Rohani Abd. Karim - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang membuat kunjungan ke Daerah Besut.

Terengganu-Medan Kukuh Hubungan Melalui Pendidikan, Pelancongan & Kebudayaan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 2 FEBRUARY 2015 

Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman bersama Pengerusi Ikatan Alumni USU, Ir. H. Tengku Erry Nuradi di USU selepas menandatangani MoU, hari ini.
*****
Kerajaan negeri dan Ikatan Alumni Universitas Sumatera Utara (USU) hari ini menandatangani ‘Letter of Intention’ bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Terengganu dan Medan.

Majlis tandatangan itu diwakili oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman manakala Ikatan Alumni USU diwakili oleh pengerusinya Ir H. Tengku Erry Nuradi di USU.

Monday, 2 February 2015

Galeri Foto Bengkel Perundingan Rakyat (MPR) DUN Jertih

Tajuk-tajuk Bengkel Majlis Perundingan Rakyat (MPR) mengikut kumpulan.
  1. PEMBANGUNAN AGAMA DAN PENDIDIKAN DUN JERTIH
  2. MEMBANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
  3. PEMBANGUNAN FIZIKAL DUN JERTIH
  4. STRATEGI MENINGKATKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA BN
  5. MENGGERAKKAN AKTIVITI ORANG MUDA

Di Primula Beach Resort Kuala Terengganu.
 Kuliah Magrib oleh Pensyarah UNISZA, Kuala Terengganu.

Puteri UMNO Sasar 80,000 Keahlian, Daftar Pemilih

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 1 FEBRUARY 2015

 

Puteri UMNO menyasarkan 80,000 keahlian dan daftar pemilih baharu tahun ini selaras dengan usaha untuk memperkasakan jentera Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Ketuanya, Dato’ Mas Ermieyati Samsudin berkata, jumlah itu mampu dicapai berdasarkan keberkesanan pendekatan program ‘Kick Off Keahlian dan Operasi Daftar Pemilih #OpsDP’ yang merupakan salah satu kempen dalam menarik penyertaan lebih ramai wanita muda dalam Puteri.

70 Sertai Bengkel Majlis Perundingan Rakyat DUN Jertih

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK | 1 FEBRUARY 2015 

Haji Nawi dan Haji Pehimi bergambar selepas penutup bengkel.
*****
Bengkel Majlis Perundingan Rakyat (MPR) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih yang berlangsung di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, semalam berjaya menghalusi pelbagai isu setempat yang dicetuskan oleh peserta untuk diambil tindakan pihak terbabit.

Bengkel sehari  itu disertai 70 peserta mewakili pelbagai badan termasuk  pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin komuniti.

Pusat Aktiviti Warga Emas Di Setiap Parlimen

AUTHOR: FAUZI MOHD | 1 FEBRUARY 2015 

Muhammad Pehimi Yusof
*****
Kerajaan Terengganu akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di setiap Parlimen di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, setakat ini terdapat lima PAWE telah ditubuhkan iaitu di Besut, Setiu, Marang, Dungun dan Kemaman.

LPT II Dibuka Secara Rasmi Hari Ini

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 31 JANUARY 2015 

LPT II yang menghubungkan dari Gemuruh ke Jabor mula dibuka hari ini. FOTO oleh Tengku Syamim.
*****
LPT II yang menghubungkan dari Gemuruh ke Jabor mula dibuka hari ini. FOTO oleh Tengku Syamim.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) II mula dibuka sepenuhnya secara rasmi kepada pengguna mulai hari ini selepas diwartakan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).