Dato' Pehimi sedang menyampai pesanan ringkas kepada penerima Bantuan Darul Iman dalam DUN Jerteh
*****
18 Mei 2016 (Rabu) - Seramai 12 lagi menerima bantuan dari Tabung Darul Iman dalam DUN Jerteh yang disampai sendiri oleh Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh bertempat di Pusat Khidmat DUN Jerteh, Gong Kemuntong.Sebelum ini Dato' Pehimi pergi ke rumah-rumah penerima bagi menyampaikan cek sambil meninjau keadaan penerima di kediaman masing-masing. Oleh kerana bulan puasa dah hampir, majlis penyampaian diadakan serentak pada malam ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri menasihatkan penerima supaya menggunakan bantuan ini sebaik mungkin sambil mendoakan supaya segera sembuh.
Nilai bantuan yang diberikan bergantung kepada jenis penyakit dan jarak mendapat rawatan. Dari Januari hingga April 2016 sahaja kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM 2,971,637.76. Ia merangkumi bantuan
Bencana Alam RM674,468.86 melibatkan 278 orang penerima, Bantuan Rawatan Perubatan(GL) RM370,168.90 melibatkan 50 penerima
dan bantuan sara diri tahunan RM1.927 juta melibatkan 1687 penerima.
Beliau mengajak para penerima bersyukur dengan bantuan yang diterima dan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memberi bantuan kepada rakyat negeri ini bagi meringankan beban yang ditanggung.
MJ MediaJerteh
No comments:
Post a Comment