Páginas

Monday 2 May 2016

PAS Yakin BN Menang Selesa Di Sarawak

By Fauzi Mohd -  1 Mei 2016


Mustafa AliPAS yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya mengekalkan kedudukannya di Sarawak dan meraih majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali.


Beliau berkata, BN dilihat masih memikat hati pengundi Sarawak selain mampu menyelesaikan isu tempatan terutama di kawasan luar bandar.

“Saya rasa BN akan terus memerintah Sarawak dan akan menang dua pertiga majoriti dalam pilihan raya ini,” katanya pada sidang media di pejabat Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), semalam.

Mustafa berkata, PAS melihat masyarakat Sarawak lebih menumpukan kepada isu tempatan berbanding isu nasional.

Selain itu, beliau berkata faktor kepimpinan yang ditonjolkan Ketua Menterinya Dato’ Seri Adenan Satem dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan keyakinan kepada rakyat.

“Dato’ Seri Adenan Satem ini mempunyai feel good factor, lagi boleh menang di Sarawak,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment