Pengarah JTK Negeri Terengganu, Burhanuddin Jusoh berkata, temuduga sehari yang menawarkan lebih 1,000 kekosongan dalam sektor swasta itu akan diadakan dari 9.30 pagi hingga 5 petang.
Katanya, pemohon kerja dinasihatkan agar membawa sijil-sijil akademik serta dokumen-dokumen berkaitan semasa menghadiri temuduga tersebut.
“Mereka yang sedang mencari pekerjaan dialu-alukan menghadiri sesi temu duga ini. Pemohon diminta berpakaian kemas dan membawa sijil yang diperlukan seperti diploma, ijazah atau dokumen lain yang relevan supaya sesi temuduga berjalan dengan lancar,” ujarnya ketika dihubungi teganukita, hari ini.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment