Tradisi turun temurun sejak 100 tahun lalu, masih kekal ke hari ini apabila lebih 50 penduduk bersama-sama kakitangan kerajaan dan swasta turun ke Sungai Nerus untuk mengambat ikan.
Untuk memulakan aktiviti itu, mereka turun seawal jam 7.30 pagi bagi memasang pukat merentangi sungai untuk dijadikan sebagai kawasan kepungan ikan.
Kemudiannya sebilangan penduduk mengunakan buluh memukul air dari menghalau ikan masuk ke dalam kawasan kepungan itu.
Apabila ikan masuk ke dalam perangkap, sekumpulan lagi penduduk menangkap ikan beramai-ramai.
Katanya, sedikit penambahan kepada aktiviti itu, termasuk berakit menyusuri sungai dan pertandingan memasak ikan air tawar pastinya lebih menarik untuk orang ramai dan pelancong luar.
“Juga mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi pelancongan agar memasukkan aktiviti mengambat dalam pakej masing-masing.
“Langkah itu pastinya mampu mencapai sasaran 5 juta pelancong ke Terengganu pada tahun ini, berbanding 4.5 juta pelancong pada tahun lalu,” katanya
Beliau berkata demikian selepas Program Mengambat Ikan di Sungai Nerus, anjuran Tourism Terengganu di kampung itu, hari ini.
Hadir sama, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; ADUN Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor dan ADUN Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.
Sabri berkata, aktiviti mengambat ikan, bagaikan rutin mingguan bagi penduduk kampung setiap kali tiba musim kemarau.
Katanya, penduduk setia menghidupkan aktiviti itu kerana tidak mahu tradisi diamalkan nenek moyang dibiarkan tanpa pewaris.
“Ketika dahulu, penduduk bergotong royong bermula dengan mencari ranting kayu dan memasak, sebelum bersama-sama menikmati hidangan hasil tangkapan di tepi sungai.
“Suasana seperti itu, masih kekal diamalkan. Kami membawa semua peralatan seperti dapur, tong gas, periuk dan kuali untuk masak pelbagai lauk,” katanya.
Fatihah Aminuddin, 25, dari Batu Rakit berkata dia teruja kerana dapat bersama-sama penduduk Pengkalan Merbau mengerau ikan sungai, lain masa mahu turut serta jika ada peluang.
“Di kampung saya, hanya ada parit, jadi tidak pernah tengok dan alami aktiviti seumpama itu, sangat puas hati walaupun hasil tangkapan kurang memuaskan sebaik selesai mengerau ambil kesempatan menjamu selera hasil tangkapan bersama penduduk,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment