Páginas

Sunday 29 May 2016

RM2.5 Juta Perkasa Sekolah Pondok – Najib Razak

By Noraini Jusoh -  23 Mei 2016


Kerajaan Pusat hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) untuk memperkasakan lagi institusi pondok di negara ini.


Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM500 ribu diperuntukkan untuk Tabung Kasih Perdana Menteri.

“Saya bersetuju mewujudkan Tabung Kasih Perdana Menteri bagi menyalurkan bantuan segera kepada warga pondok yang ditimpa musibah seperti bencana banjir dan kebakaran.

“Serentak dengan itu juga sebanyak RM500 ribu disalurkan untuk tabung ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh; Pengerusi YYPM, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan Naib Canselor UMT,  Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Katanya, peruntukan geran sebanyak RM2 juta pula adalah untuk kajian pondok dan mengoperasikan semula instrumen media sosial bagi mempromosi institusi pendidikan berkenaan.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment