ECERDC dalam satu kenyataan berkata, langkah itu mewujudkan lebih 30,074 peluang pekerjaan di negeri ini, merapatkan jurang sosio ekonomi antara ECER dan seluruh Semenanjung Malaysia.
“Selain sektor pembuatan kekal sebagai penyumbang utama sebanyak 48 peratus daripada jumlah pelaburan, bio-ekonomi dilihat sebagai sektor baharu yang akan melengkapi dan menambah nilai kepada sektor sedia ada seperti minyak dan gas serta pertanian.
“Di bawah Program Transformasi Ekonomi Terengganu, kerajaan negeri menyasarkan untuk menarik lebih RM3.72 bilion nilai pelaburan dalam kluster bioteknologi dan mewujudkan lebih 5,202 pekerjaan,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment