Páginas

Monday 2 May 2016

Isu MB Terengganu selesai, masa untuk bekerja


JERTIH - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan segala kekalutan dan isu yang berlaku di negeri ini telah berakhir.



Justeru itu, beliau mengulangi kenyataanya semalam yang mengajak semua kepimpinan negeri ini terus  bergerak ke hadapan dan bekerja untuk kebajikan rakyat.

“Yang mustahak kita perlu kerja secara bersama dan terus memastikan perkhidmatan dan apa kerja kerja yang kita buat adalah untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas susulan pengesahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Menteri Besar Terengganu ketika lawatan kerja beliau di Pulau Perhentian petang tadi

No comments:

Post a Comment