Páginas

Sunday 29 May 2016

60 Peserta Dari 8 Negara Sertai Kenyir Bird and Nature Quest 2016

By Mohd Syazni Zainudin -  29 Mei 2016


Seramai 60 orang peserta dari lapan negara temasuk dari Ghana, Guinea, Nigeria dan Kanada telah menyertai  program Kenyir Bird and Nature Quest 2016 yang berlangsung di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu anjuran kerajaan negeri.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Mohd Jidin Shafee berkata penganjuran program itu bakal menonjolkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi memburung yang terunggul di samping destinasi eko pelancongan utama di rantau ini.

“Aktiviti memburung atau bird watching ini adalah antara aktiviti utama di dalam kluster destinasi Tasik Kenyir dan ianya adalah merupakan nilai tambah kepada penjenamaan melalui strategi serta integrasi promosi yang diadakan secara bersepadu.

“Apa yang menarik ialah, lebih 295 spesis burung dan terdapat juga sembilan dari 10 spesis burung enggang menjadikan Tasik Kenyir sebagai habitat mereka,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kenyir Bird and Nature Quest 2016 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pesona Terengganu Dato’ Mustafar Khalid.

Tambahnya, selain burung, terdapat 40 spesies mamalia turut direkodkan melalui perangkap kamera, penemuan bunga Refflesia yang terbesar didunia dan juga burung helang terpantas didunia spesies Peregrine Falcon turut ditemui di Tasik Kenyir.

Katanya terbaru penemuan fosil binatang purba atau dinosaur yang bakal menjadi tarikan kepada pelancong dan pengkaji untuk ke Tasik ini.

“Aktiviti ini mampu menjadi salah satu daya tarikan pelancong, khususnya untuk mengenali serta menambah pengetahuan mengenai haiwan ini,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment