Páginas

Thursday 19 May 2016

Ziarah Guru-Guru Sakit Sempena Hari Guru 2016


Dato' Pehimi bertanya khabar Cikgu Zainon (atas) dan Cikgu Azzimah semasa menziarahi mereka pada hari guru 2016 lepas.
*****
19 Mei 2016 (Khamis) - Sempena sambutan Hari Guru 2016, pada 16 Mei 2016 Dato' Haji Muhamad Pehimi Yusof - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh meluangkan masa menziarahi 2 guru yang uzur bersama rombongan daripada Pejabat Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah Besut dan kakitangan Pusat Khidmat DUN Jerteh.


Lawatan diduhului ke rumah Cikgu Zainon yang mengakar di SK. Nyiur Tujuh di tinggal di Taman Teratur, Jerteh. Kamudian Dato' Pehimi ke Taman Desa Aman, Gong Badang bagi menziarahi Cikgu Azimah yang mengajar di SK. Seberang Jerteh dan menyumbang sebuah kerusi roda.

YB. Dato' Haji Muhammad Pehimi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri telah mengunjungi 9 buah sekolah dalam DUN Jerteh manakala bakinya dikunjugi oleh isteri beliau To'Puan Hajah Roslida Daud. Rombongan ini disertai oleh kakitangan Pusat Khidmat DUN Jerteh.

Setiap sekolah menerima kek yang disumbangkan oleh Penyelaras UMNO DUN Jerteh.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment