Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, YB Sulaiman Razak berkata Azmin sedar dan tahu tanpa Pas dia mungkin tidak akan berada di kerusi itu hari ini dan adalah penting untuknya terus berusaha sampai bila-bila dalam usaha memastikan Pas terus berada dalam satu barisan gabungan khsususnya dalam pakatan harapan.
“Usaha berkenaan tidak lebih sekadar ‘agenda Azmin’ kerana Azmin tahu kedudukan politiknya bergantung kepada sejauh mana sokongan Pas terhadap dirinya termasuk pakatan di Selangor.
“Tambahan pula Azmin sedar dan tahu pengaruh dan kekuatan Pas itu sendiri berbanding Amanah dan juga Dap. Parti Amanah yang hanya sekadar pelengkap di dalam pakatan harapan tidak dapat membantu Azmin dan juga kerajaan negeri yang ditunjangi PKR hari ini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dilapor menegaskan pihaknya sentiasa berunding dengan Pas, termasuk untuk pilihan raya kecil Sungai Besar.
Malah apabila ditanya sampai bila rundingan itu akan diadakan, beliau menjawab ringkas “Sampai kiamat.”
Sulaiman seterusnya percaya ‘agenda Azmin‘ tidak akan berjalan lancar dan akan diganggu gugat oleh kalangan pimpinan PKR itu sendiri.
Katanya sehari dua ini dapat dilihat bagaimana cukup celaru antara beliau dengan Presiden PKR, datuk Seri Wan Azizah dalam isu yang sama.
“Azmin cakap begini manakala Wan Azizah pula cakap begitu. Nampak macam ada sesuatu yang tidak kena dalam perkara tersebut.
“Dalam PKR pun ada kemelutnya sebab itu Azmin tidak mempunyai pilihan selain terus berusaha berpaut pada dahan-dahan yang mampu menyelamatkan nyawa politiknya dalam arus yang semakin membesar baik dalam pakatan pembangkang mahupun partinya sendiri”, ujarnya.
–MediaUMNO
No comments:
Post a Comment