Mohd Johari Abu Bakar
*****
KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar yakin dan percaya parti itu terus menjadi pilihan anak muda walaupun pelbagai tohmahan dan pelbagai dakyah dilontarkan terhadap UMNO hari ini.Dalam temubual eksklusif sempena ulang tahun UMNO ke-70, beliau seterusnya menyifatkan UMNO sama sekali tidak meminggirkan golongan berkenaan dengan pelbagai program serta pelbagai tumpuan terhadap golongan belia di negara ini.
“Selaku orang muda saya tidak sangsi dengan kepimpinan yang ada hari ini. Dengan cogan katanya, Bersatu-Besetia-Berkhidmat ianya menjadi paksi kepada kecemrlangan UMNO hari ini seiring dengan slogannya Dulu, Kini dan selamanya.
“Walau pun pemimpinnya silih berganti, berpegang kepada Bersatu Bersetia Berkhidmat, UMNO diyakini terus mampu bergerak ke depan. Zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah ke hari ini kesinambungannya berterusan di mana UMNO terus utuh mendepani cabaran walaupun berdepan dengan badai dan gelombang.
“Di sinilah kekuatan serta kematangan ahli dan barisan kepimpinannya yang dulu, kini dan selamanya bersama parti. Cogan kata Bersatu-Bersetia-Berkhidmat kita sama-sama praktikkan. Di sinilah kelebihan yang ada pada kita,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Hulu Terengganu seterusnya menyifatkan solidariti di dalam parti adalah kunci kepada kejayaan yang dapat dicapai hari ini dan pada masa yang sama tidak menafikan UMNO yang berusia 70 tahun berdepan dengan cabaran.
“Memang tidak dinafikan…70 tahun itu biasalah ada sakit di situ..sakit di sini. Kita manusia pun begitu juga. Ada sakit dalaman..kencing manis..jantung…darah tinggi. Itu biasalah.
“Samalah dengan UMNO hari ini. Namun kita sama-sama memberinya suntikan dan melakukan penambahbaikan yang boleh membaikpulih kesihatan dan imej UMNO itu sendiri.
“Dengan kepimpinan Datuk Seri Najib yang melakukan beberapa perubahan daripada sudut negara dan juga parti itu sendiri kita yakin UMNO berupaya mendepani segala cabaran yang ada hari ini.
“Begitu juga dalam soal isu-isu yang timbul yang mana dapat diselesaikan secara baik dan hari ini sudah jelas segala-galanya. Marilah kita bersatu hati dibawah payung UMNO demi anak bangsa kita,” ujarnya.
Beliau seterusnya melihat kombinasi orang muda dan juga orang lama di dalam UMNO bakal mengukuhkan serta menguatkan lagi parti itu sendiri.
“Percaya parti UMNO masih lagi jadi pilihan anak muda. Perumpamaan sebatang pokok…jangan potong tunasnya…tunas ini perlu naik dan diberikan baja supaya ianya berkembang. Dan kalau tunas ini tidak kena cara potongnya ianya akan merugikan kita.
“Cumanya janganlah salah faham dalam soal ini kerana apa yang penting gabungan orang lama dan muda di dalam parti akan mengukuhkan lagi parti itu sendiri,” katanya.
-MediaUMNO
No comments:
Post a Comment