Páginas

Tuesday 17 May 2016

Lawatan Kerja Sehari PM Ke Terengganu 23 Mei Ini

By Aida Abd Rahman -  16 Mei 2016

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijadual bakal mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada 23 Mei ini.
*****
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Najib dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan memulakan lawatan kerjanya dengan meninjau Pasar Besar Kedai Payang serta menemui peniaga di situ.


“Kita terima peruntukan RM72 juta untuk bina baharu serta menaiktaraf Pasar Payang. Perdana Menteri akan melawat dan melihat melihat model kompleks bangunan baharu Pasar Payang itu nanti,” katanya.

Selepas itu, kira-kira jam 11 pagi  Najib akan merasmikan Ijtimak Pondok di Universiti Malaysia Terengganu sebelum mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Barisan Nasional Negeri di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu pada jam 1 petang.

Beliau juga dijangka akan menyampaikan sumbangan kepada kepada keluarga Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Haron, pengawal peribadi Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, antara mangsa korban nahas helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak  pada 5 Mei lalu.

Pada masa yang sama, turut diadakan tahlil kepada arwah, di rumah keluarganya di Kampung Bukit Cempaka.

Pada 3 petang, beliau dijadual merasmikan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di KTCC Muara utara Hujung Tanjung, Seberang Takir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri akan menyampaikan sijil penyertaan kepada tujuh wakil murid sekolah yang menyertai Program Empower Akademik ECER dan peserta program Empower ECER Seberang Takir.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment