Páginas

Sunday 15 May 2016

Kluster Bersepadu Herba Pasir Raja Keluarkan Hasil RM1 Juta

By Fauzi Mohd -  14 Mei 2016

Spesies tumbuhan herba Tongkat Ali
*****
Satu lagi inisiatif pembangunan utama yang mendorong pertumbuhan Terengganu ialah kluster agriperniagaan, dengan siap fasa pertama Pembangunan Kluster Bersepadu Herba (HICD) di Pasir Raja, Dungun.


Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam kenyataannya berkata, projek itu melibatkan penanaman pelbagai herba yang bernilai tinggi dan mendapat permintaan seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah di kawasan seluas 28.328 hektar.

“Dalam fasa berikutnya, yang dijangka bermula pada Mei ini, kawasan tanaman HICD akan diperluaskan kepada kira-kira 356.11 hektar.

“Projek itu, yang di bawah syarikat Bioalpha Holdings Bhd, dijangka mengeluarkan herba bernilai hampir RM1 juta pada akhir tahun ini,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment