Páginas

Tuesday 31 May 2016

Petronas Taja 48 Pelajar Terengganu

By Fauzi Mohd -  31 Mei 2016

  
PETRONASSeramai 48 pelajar Terengganu terpilih menerima biasiswa Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) tahun ini.


Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman berkata, pelajar tersebut merupakan sebahagian daripada 391 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang turut mendapat penajaan Petronas untuk melanjutkan pelajaran.

“Bagi tahun ini, Petronas memperuntukan sebanyak RM110 juta untuk menaja kesemua 391 pelajar ini yang mana kita menerima lebih 7,500 permohonan di seluruh negara untuk penajaan. Tajaan ini diberikan kepada pelajar lepasan SPM yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia, kejuruteraan petroleum, mekanikal, geofizik dan kewangan.

“Selain itu, ia juga untuk bidang perundangan berkaitan industri minyak dan gas di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Perak serta universiti luar negara di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Kanada,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2016 yang disempurnakan Pegawai Daerah Setiu, Talaha Ali yang mewakili Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.

Raiha berkata melalui PESP, Petronas akan menaja pelajar daripada peringkat pengajian pra-universiti hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan sejak diperkenalkan pada 1975, sebanyak RM3 bilion telah dilaburkan Petronas untuk membiayai pendidikan lebih 35,000 pelajar cemerlang di seluruh negara.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment