Páginas

Tuesday, 10 May 2016

Perkahwinan Perdana : 217 Pasangan Diijab Kabul Serentak Sabtu Ini

By Suriati Ali -  9 Mei 2016


Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) membelanjakan lebih RM1 juta bagi menyempurnakan ijab kalbu 217 pasangan anak Terengganu secara serentak, Sabtu ini.


Ia sempena Program Keluarga Bahagia Generasi TTB : Perkahwinan Perdana membabitkan semua daerah di Terengganu.

Lokasi  akad nikah  dan majlis resepsi pada 22 Mei akan diadakan di masjid serta dewan yang ditentukan penganjur.

Dalam senarai YPKT, seramai  37 pasangan dari Kuala Nerus, diikuti Kuala Terengganu (33), Marang (29), Kemaman (27), Dungun (25), Besut (23), Setiu (22) dan Hulu Terengganu (21).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof,  berkata hampir  15,000 jemputan akan terlibat dengan penganjuran program itu di mana setiap pasangan dibenarkan  mengundang 50 pasangan saudara terdekat.

Katanya,  mereka  terpilih layak menerima pelbagai keistimewaan, termasuk pakaian akad nikah, persalinan pakaian  pengantin, perkhidmatan fotografi dan  pakej berbulan madu selama tiga hari dua malam di mana-mana hotel yang akan ditentukan kemudian.

“Lebih istimewa, setiap pasangan diberi keutamaan mendapatkan perumahan kerajaan dalam tempoh lima tahun usia perkahwinanan, selain layak memohon Skim Pinjaman Modal Perniagaa di bawah Pinjaman Jaya Diri maksima RM20,000

“Semua pasangan dikenakan yuran  RM1,000 sebagai komitmen penyertaan, selain sebagai bayaran mas kahwin dan sebagai ganti mereka layak menerima Sijil Simpanan Premium dengan nilaian sama,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment