Páginas

Tuesday 17 May 2016

"Ku Sanjung Budi Mu" - Program Ukir Dun Jerteh Bersama Persatuan Kereta Sewa

Oleh: Wan Aziz Wan Idris

Dato' Haji Pehimi menyampai sumbangan kepada salah seorang ahli keluarga pemandu kereta sewa Jerteh.
*****
17 Mei 2016 (Isnin) - Program Ukhuwah Kasih dan Ihsan Rakyat (UKIR) siri Ke-5 bagi Dun Jerteh bersama Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jerteh dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato' Haji Muhamad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Program julung kali diadakan mendapat sambutan dikalangan ahli persatuan serta ahli keluarga turut dihadiri oleh Encik Omar Adam - Pengarah Atra Negeri Terengganu. Majlis diadakan di stesyen kereta sewa Bandar Jerteh.
Dalam ucapannya Dato' Haji Pehimi menegaskan perlu sokongan daripada para ahli persatuan semoga bantuan boleh disalurkan melalui persatuan pemandu teksi seperti yang pernah kerajaan negeri berikan seperti pinjaman membeli teksi baru, mengecat teksi dan subisidi tayar 1Malaysia.
 Tuan Pengarah Atra, Encik Omar Adam menyampaikan cenderamata kepada ahli persatuan pemandu teksi bandar Jertih.

Turut hadir Haji Azizul Jasmi - Ketua Pemuda UMNO Besut, Encik Mansor Mat Ali - Presiden Pemandu Kereta Sewa Negeri Terengganu, Haji Mohd Sani - Penasihat Persatuan.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment