Páginas

Sunday, 8 May 2016

24 Agensi Buka Operasi Di UTC PB Square

By Mohd Syazni Zainudin -  8 Mei 2016


Pusat Transformasi Bandar (UTC) kesebelas akan mula beroperasi sepenuhnya Julai ini di bangunan Paya Bunga (PB) Square, Kuala Terengganu.


Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ A Rahman Yahya berkata proses pengubahsuaian bangunan tersebut kini sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, melihat pada kemajuan terbaru, pengubahsuaian tersebut akan siap lebih awal daripada perancangan yang telah ditetapkan.

“Sehingga minggu lepas, pengubahsuaian bangunan PB Square tersebut telah mencapai 75 peratus dan ianya sepatutnya berakhir pada 12 Jun.

“Namun demikian, melihat pada kemajuan yang dicapai sekarang ini iaitu sembilan peratus dihadapan daripada masa yang ditetapkan, ia akan dapat disiapkan lebih awal,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Menara PMINT.

A Rahman berkata, dengan kos yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia sebanyak RM49.7 juta, pelbagai agensi akan ditempatkan di situ bagi memudahkan rakyat untuk berurusan selepas waktu bekerja.

“Sebanyak 24 agensi termasuk dari persekutuan dan negeri akan ditempatkan di UTC ini antaranya, Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Tabung Haji, Indah Water, Yayasan Pembangunan Keluarga, Jabatan Imigresen Malaysia, Klinik 1 Malaysia dan banyak lagi.

“Jika diikutkan, UTC akan beroperasi bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10 malam. Jadi, ianya akan memudahkan sesiapa yang ingin berurusan selepas tamat waktu bekerja,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment