Páginas

Monday, 9 May 2016

12,000 Bungkus Nasi Dagang Diedar Percuma 26 Mei Ini

By Mohd Syazni Zainudin -  4 Mei 2016


12,000 bungkus nasi dagang akan diedarkan secara percuma pada 26 Mei ini di Quinara Al-Safir Resort sempena program mencipta rekod nasi dagang terpanjang di Malaysia.


Bagi mencipta rekod tersebut untuk dimasukkan ke dalam The Malaysia Book of Record, sebanyak 150 gantang  nasi akan digunakan dan akan disusun dengan jarak sepanjang dua kilometer.

Program anjuran Terengganu Kitchen dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Parlimen Kuala Nerus dan Kolej Inforana tersebut akan berlangsung selama empat jam bermula 8.30 pagi di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Nerus.

Penolong Pengurus Besar (Penjualan & Pemasaran), Rozeli Abdul  Ghani berkata program tersebut bakal melibatkan 220 peserta terdiri daripada usahawan-usahawan YPU, J3K serta pelajar dari Kolej Inforana.

Beliau berkata, objektif bagi penganjuran program tersebut adalah bagi memberi penjenamaan baru kepada T-Dagang dan dalam masa yang sama memperkenalkan Terengganu Kitchen.

“Jika sebelum ini, kita pernah memperkenalkan produk T-Dagang di dua program utama iaitu semasa Pesona Terengganu 2015 di Kuala Lumpur dan Beautiful Terengganu 2016 di Johor Bahru.

“Selain dari memberi penjenamaan baru, tujuannya juga diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar Kolej Inforana yang terlibat dalam bersama mencipta rekod bagi negeri Terengganu,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment