Sebanyak 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan 40 majikan pada Karnival Jom Bina Kerjaya 2015 di Stadium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu pada 5 September ini.
Program sehari anjuran Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu itu bermula jam 10.00 pagi hingga 9.30 malam.
Antara syarikat yang terlibat, Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad, TDM Plantation Sd Bhd, Eastern Steel Berhad, Tesdec dan Texas Instrument. Aktiviti sampingan yang turut diselitkan oleh 10 jabatan dan agensi yang terlibat adalah pameran dan Kempen Derma Darah.
Pengunjung karnival dipelawa mengisi kekosongan jawatan itu dengan menghadiri temuduga melalui mana-mana syarikat yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.
Kekosongan jawatan itu bukan saja ditawarkan kepada lepasan ijazah, diploma, STPM dan SPM, malah kepada bekas pelajar PMR pun layak berbuat demikian.
Mereka yang berminat perlu berpakaian kemas, membawa biodata diri dan sijil-sijil berkaitan ketika menghadiri temuguda terbuka.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment