Páginas

Monday 3 August 2015

Belanja RM1,000, Pulangan RM2,500

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 2 AUGUST 2015


Inisiatif mengeluarkan belanja lebih RM1,000 untuk membeli pelita dan pelbagai peralatan bagi menghias sempena Pertandingan Pelita Raya Terengganu  2015, berbaloi buat seorang pemuda, Mohamad  Hairi Azly Hassan, 30, apabila diumumkan sebagai pememang tempat pertama pertandingan itu, hari ini.


Dia yang juga Ahli Majlis Daerah Setiu dari Kampung Air Sejuk, Setiu meraih hadiah utama selepas memperoleh markah 88.1 mengalahkan  lebih 100 keluarga yang mengambil  bahagian  dalam  pertandingan yang diadakan di dua buah kampung, masing-masing Kampung Panchur Merah dan Kampung Air Sejuk.

“Alhamdulillah  berkat usaha dan kesungguhan dan mengeluarkan belanja besar untuk menyertai pertandingan akhirnya kami diisytiharkan  sebagai pemenang  tempat pertama dalam pertandingan itu,” kata Mohamad Hairi.

Kemenangan itu membolehkannya menerima hadiah wang tunai sebanyak  RM2,500  yang di sampaikan  Pengerusi  Jawatankuasa  Pelancongan  dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

Hadir sama, Pegawai Daerah Setiu, Talaha Ali.

Majlis penyampaian  hadiah pertandingan itu diadakan serentak sempena sambutan rumah terbuka dan jamuan  hari raya Daerah Setiu.

Sementara tempat kedua dimenangi Mohd Abu Bakar dari Kampung Panchur Merah yang menerima hadiah wang tunai RM2, 000 manakala tempat ketiga pula milik Ruhaidi Ahmad dari Kampung Air Sejuk yang membawa pulang wang tunai RM1,500 .

Sementara dalam Pertandingan `Selfie’  Pelita Raya D’ Ganu 2015  pula, tempat pertama dimenangi  Ahmad Syakir  Adil yang menerima hadiah wang  tunai berjumlah RM300, tempat kedua Arrawady  Saya (RM150), manakala ketiga pula milik Kamarul Mazura (RM100).

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment