Páginas

Tuesday, 25 August 2015

Bersih Pantai Terpanjang Diiktiraf MBOR

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 24 AUGUST 2015


Terengganu mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menjayakan program pembersihan pantai terpanjang di negara ini.


Aktiviti pembersihan sepanjang 11.3 kilometer bermula dari Pantai Kemasek hingga Pantai Kertih melibatkan 2,150 peserta terdiri dari wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat-syarikat petroleum dan pelajar-pelajar dari sekitar Dungun dan Kemaman.

Program anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan Pertubuhan Jurutera Petroleum Seksyen Terengganu (PSE) yang bermula jam 8 pagi berjaya mengumpul sebanyak 12.7 metrik tan sampah selama tiga jam setengah.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof berkata Program Pembersihan Pantai itu adalah bersempena perayaan ulang tahun ke-10 YDSM.

“Program ini adalah sejajar dengan objektif penubuhan YDSM kerana pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar adalah antara dasar dan matlamat yang termaktub dalam artikel penubuhannya.

“Dengan membabitkan masyarakat setempat secara langsung kami berpendapat ia lebih memberi kesan kerana alam sekitar akan diwarisi oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Santapan bersama Sultan Mizan Zainal Abidin di Mesra Mall, Kertih, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Osman Muda.

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh wakil MBR, Christopher Wong kepada Pengarah PSE merangkap Pengerusi Bersama Program Pembersihan Pantai dan Pemuliharaan Penyu 1Malaysia, Mazlan Tamyis.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment