Páginas

Tuesday 25 August 2015

Terengganu Tanggung RM12.5 Juta Tambahan Tajaan Belajar Luar Negara

 AUTHOR: SURIATI ALI 25 AUGUST 2015

Ghazali (tiga kiri) menyampaikan wang saku kepada pelajar cemerlang yang bakal melanjurkan pelajaran ke luar negara. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Kerajaan negeri terpaksa menanggung hampir RM12.5 juta atau 25 peratus pertambahan perbelanjaan pelajar ke luar negara sepanjang tahun ini, akibat krisis kejatuhan nilai mata wang.


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata sebanyak RM50 juta dibelanjakan pada tahun lalu berbanding peningkatan kepada RM62.5 juta pada tahun ini.

Katanya, peruntukan itu bagi membiayai lebih 650 anak Terengganu yang melanjutkan pelajaran di 11 universiti di luar negara.

“Kerajaan terpaksa mengurangkan penghantaran pelajar akibat krisis ini, hanya 45 pelajar dapat dihantar ke tiga universiti luar negara pada tahun ini berbanding 6o pelajar membabitkan 11 universiti tahun sebelumnya.

“Penajaan seumpama itu akan diteruskan, walaupun keadaan kejatuhan nilai mata wang berterusan, bilangan pelajar mungkin semakin berkurangan atau bergantung kepada kemampuan kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya, kerajaan melalui Yayasan Terengganu (YT) tidak berhasrat menamatkan penajaan kerana mengetahui ilmu yang diperolehi dari universiti luar negara berbeza berbanding menuntut di universiti tempatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam dan Penyampaian Wang Pendahuluan Diri Kepada Pelajar Tajaan YT Ke Luar Negara di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, malam tadi.

Hadir sama, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Pengarah YT, Mohamad Sulong.

Seramai 370 pelajar termasuk 45 pelajar baru hadir menerima tajaan masing-masing dengan jumlah yang diperoleh bergantung kepada bidang dan universiti.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment