Páginas

Wednesday 26 August 2015

Tiga Bidang Ditekankan Dalam Transformasi Terengganu Baharu – Ahmad Razif


KUALA TERENGGANU, 19 Ogos – Tiga bidang utama akan ditekankan dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu Transformasi Ekonomi, Transformasi Kerajaan dan Tranformasi Politik selain lapan prinsip asas tiga bidang berkenaan, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini.


Ahmad Razif berkata di bawah tiga bidang tersebut beliau tetap akan fokus serta meneruskan kesinambungan usaha dan rancangan menteri besar yang terdahulu  termasuk menambah baik pembangunan sedia ada.

“Transformasi Ekonomi akan memberi tumpun menangani isu sosioekonomi secara berterusan, meningkatkan pendapatan isi rumah…program keusahawanan, meningkatkan kegiatan ekonomi bukan sahaja di bandar malah juga luar bandar,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Transformasi Terengganu Baharu di sini hari ini.

Beliau yang genap 100 hari menjadi Menteri Besar Terengganu hari ini berkata untuk Transformasi Kerajaan, soal keberkesanan sistem penyampaian akan lebih ditekankan khasnya dalam keupayaan jentera kerajaan melaksana dan menterjemahkan visi dan misi pucuk pimpinan negeri.

Katanya Transfromasi Kerajaan juga akan menekankan kepada soal hubungan  rakyat dengan kerajaan selain turut menekankan peranaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai membantu melicinkan proses pentadbiran.

Katanya Tranformasi Politik juga perlu dibuat iaitu daripada zaman politik pembangunan kepada politik keterlibatan.

“Kita perlu banyak mendengar dan melibatkan masyarakat dalam proses membuat keputusan,” katanya.

Dalam pada itu sebagai asas kepasa gagasan TTB, Ahmad Razif turut mencadangkan lapan prinsip TTB iaitu prinsip inklusif yang bermaksud meraikan suara rakyat sebagai input pembangunan, masjid dan surau sebagai sumber penyatuan, pembinaan keluarga bahagia asas kesejahteraan rakyat dan prinsip integriti iaitu bersih luaran dan dalaman.

Selain itu turut ditekankan ialah prinsip mesra tapi tegas, disiplin kerja yang tinggi, seruan ke arah perpaduan dan memperkasa bidang pendidikan.

Sementara itu Ahmad Razif dalam sidang media selepas seminar itu berkata beliau juga akan menerus perancangan yang telah dibuat tiga menteri besar yang terdahulu, iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said.

“Saya telahpun mengadakan beberapa perjumpaan selain beberapa kali menghubungi mereka untuk berbincang perancangan pembangunan negeri dan mereka telah melahirkan rasa penghargaan kerana segala pembangunan yang dirancang akan kita teruskan,” katanya.

- MediaUMNO

No comments:

Post a Comment