PHB membeli tanah itu seluas 10.8 ekar daripada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).
PHB adalah sebuah syarikat hartanah induk dan unit milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.
Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Dato’ Kamalul Arifin Othman berkata, tanah itu akan dibangunkan sebuah pusat komersial bersepadu merangkumi pusat beli belah dan hotel dengan anggaran nilai pembangunan kasarnya RM700 juta.
“Hingga kini projek ini masih di peringkat idea dan konsep tetapi kita berusaha menyiapkan pelan pembangunan secara terperincinya, seawal tahun depan,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian jual beli itu di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis itu disaksikan, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda mewakili Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail mewakili LTAWNT.
Mengulas lanjut, Kamalul Ariffin, berkata ia adalah pelaburan pertama PHB di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kerana Terengganu didapati sesuai untuk perancangan jangka panjang syarikat.
“Kami akan terus melabur di negeri-negeri lain bergantung kepada peluang yang ada,” katanya.
Syarikat hartanah itu yang aktif di Lembah Klang, turut melabur di Melaka dan Selangor.
Projek komersial di Kuala Terengganu itu dijangka meningkatkan aktiviti ekonomi negeri.
“Dengan pengambilalihan ini, kami berharap bukan sahaja ia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan tetapi juga membantu Terengganu menjadi pusat ekonomi yang baharu di Pantai Timur melalui perancangan, infrastruktur, pembangunan dan tarikan yang betul,” katanya.
Beliau berkata dengan pembinaan sebuah jambatan angkat dan Lebuh Raya Pantai Timur, di bawah projek pembangunan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, akan meningkatkan sambungan tapak itu dengan hab komersial di dalam dan di luar Terengganu, sekali gus menambah daya tarikannya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment