Páginas

Wednesday 26 August 2015

GHB Dan Pas Kini Memasuki Fasa “Londeh Melondeh”

Oleh : Azlina Rosdy
KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli berkata, memang sudah menjadi sikap pembangkang suka melondehkan kain orang lain walaupun kawan sendiri.

Jelas beliau, tidak kira Pas, PKR mahupun Dap akan melakukan apa sahaja demi kepentingan politik masing-masing walaupun terpaksa mendedahkan kurap rakan sendiri apatah lagi jika kawan yang dahulunya baik kini telah menjadi musuh.

Tambahnya lagi Parti Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai oleh Mohamad Sabu yang dulunya begitu tegar memperjuangkan Pas mula membawa wadah baru dalam dunia politik akibat daripada rasa kecewa gagal mempertahankan kerusi sebagai Timbalan Presiden Pas.

“Apabila ramai pemimpin Pas yang keluar parti dan menyertai GHB, maka tarik-menarik dan desak mendesak agar letak jawatan sebagai wakil rakyat mula kedengaran. Pas mendesak wakil rakyat yang keluar parti letak jawatan dan GHB pula mendesak semua wakil rakyat Pas letak jawatan kononnya mereka menang dahulu sebab bersama pakatan pembangkang.

“Kini Pas tiada lagi bersama pakatan maka perlu letak jawatan. Dulu masa ‘bercinta’ semuanya cantik, elok dan manis… kini masing-masing cari salah orang dan mahu menjatuhkan satu sama lain. Adakah ini yang dipanggil memperjuangkan agama Islam,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Malah tambahnya Mat Sabu mengatakan GHB adalah parti yang sebenar-benarnya memperjuangkan Islam, adakah ini bermakna Pas yang diwakilinya dahulu hanya satu retorik dalam memperjuangkan Islam?

Apa yang pasti jelas beliau inilah drama politik pembangkang yang tidak pernah berpenghujung dan kerana itulah pembangkang memang terkenal dengan sikap putar belit. 

– MediaUMNO

No comments:

Post a Comment