Páginas

Monday 3 August 2015

Terengganu Belanja RM50 Juta Persiapan TMT 2017

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 30 JULY 2015


Kerajaan negeri memperuntukkan RM50 juta bagi tempoh tiga tahun bermula tahun lalu sebagai  persiapan menganjurkan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri,  Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, peruntukan itu akan digunakan dalam tempoh kurang dua tahun lagi bagi memastikan TMT 2017 yang menggunakan moto `Pesona Terengganu’ itu mampu mencapai sasaran sehingga kira-kira 6 juta pelancong .

Katanya, sasaran pengunjung pada TMT 2017 adalah peningkatan  sekurang-kurangnya 9  hingga 18 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, jumlah kunjungan pelancong pada tahun ini disasarkan sehingga 5 juta  dengan menjana pendapatan RM2.5 bilion, manakala pada tahun depan pula dianggarkan dapat mencapai kira-kira 5.5 juta pengunjung dalam dan luar negara.

“Segala persediaan sedang giat dilaksanakan dan memperbaiki kekurangan sewaktu Tahun Melawat Terengganu sebelum ini (TMT 2008 dan 2013) dahulu, selain menambahbaik apa yang tersedia selama ini termasuk menyiapkan pembangunan Tasik Kenyir, kawasan bandar serta lokasi strategik terutama pulau dan pantai di seluruh Terengganu.

“Kerajaan negeri membelanjakan RM50 juta pada dasarnya untuk membantu memperkenalkan pelancongan Terengganu untuk menarik pengunjung dalam dan luar negeri supaya memberi kesan ekonomi kepada penduduk Terengganu khususnya dan Malaysia amnya,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Citarasa Homestay Terengganu 2015, di perkarangan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu, Hadapan Istana Maziah, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian itu, Dr Junaida Lee Abdullah; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Sabri Zakaria  dan Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Terengganu, Hasryn Izzuddin Mohd Khairy.

Mohd Jidin berkata, sektor pelancongan yang menjadi bidang kedua terpenting negeri akan memfokuskan kepada  penjanaan ekonomi dan usaha meningkatkan pendapatan rakyat.

“Walaupun peruntukan (kasar) siling (RM50 juta)  tidak menampakkan suatu perbelanjaan yang levi, tetapi perbelanjaan itu sangat kecil bagi menggerakkan sektor pelancongan negeri dalam tempoh tiga tahun.

“Tetapi itu hanya sebahagian darpada pergerakan usaha-usaha penjanaan ekonomi dalam sektor pelancongan dan di bawah aktiviti TMT 2017, Pesona Terengganu sahaja,”katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan memperluaskan peluang kepada pelabur dalam dan luar negara selain penglibatan golongan cerdik-pandai termasuk  siswazah dari Terengganu supaya melibatkan diri dalam uasaha memperkasakan sektor pelancongan.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment