Páginas

Wednesday 12 August 2015

367 Tinggal PAS, Masuk UMNO

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 10 AUGUST 2015

Ustaz Wan Mohamad Wan Ahmad berucap pada Majlis Jalinan Mesra antara pemimpin UMNO dan peserta program ‘Selamat Tinggal PAS’ di Gong Kemuntong, Jerteh, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Seramai 367 penyokong PAS di Terengganu bakal mendaftar sebagai ahli UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan parti itu yang dianggap tiada hala tuju dan bercakaran sesama sendiri sehingga mahu membawa kepada penubuhan parti baru.


Mereka merupakan penyokong PAS yang dikumpul dari seluruh Terengganu, kata Penyelaras program ‘Selamat Tinggal PAS’, Ustaz Wan Mohamad Wan Ahmad.

Program ‘Selamat Tinggal PAS’ diperkenalkan oleh bekas ahli dan penyokong PAS yang menyertai UMNO setelah kecewa dengan pemerintahan PAS di Terengganu pimpinan Presiden parti itu sendiri, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1999 hingga 2004.

Wan Mohamad yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut berkata, perpecahan yang dihadapi oleh PAS menyebabkan kumpulan itu bertukar ke UMNO.

“Dulu kita dengar PAS duk kata macam-macam ke UMNO. Gila kuasa, gila jawatan, gila nak nak jadi calon, macam-macam jenis gila dia kata ke UMNO.

“Tapi, hari ini kita dapat tengok sendiri gaya pemimpin PAS. Dulu kita mengharapkan kepimpinan ulama, tapi dia tipu kita dan berpecah kepada Pakatan Baru. Mat Sabu kita tahulah, bukan setakat dia tipu kita tapi jual sekali kita,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Jalinan Mesra antara pemimpin UMNO dan peserta program ‘Selamat Tinggal PAS’ di Gong Kemuntong, Jerteh, malam tadi.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir meraikan bekas penyokong-penyokong PAS yang menyertai program ‘Selamat Tinggal PAS’ sebelum ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh; ADUN Hulu Besut merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad; ADUN Jertih yang juga Setiausaha UMNO Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof; ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa; ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar. 

Tambah Wan Mohamad, satu majlis ‘Selamat Tinggal PAS’ akan dibuat di Parlimen Marang bagi ‘menyambut’ kedatangan ahli baru UMNO itu.

“Kita kumpul bekas penyokong PAS yang akan sertai UMNO dari seluruh negeri. Mereka tidak perlu pening kepala sama ada untuk kekal dalam PAS atau sertai Gerakan Harapan Baru, masuk saja UMNO,” ujarnya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment