Katanya, pusat pengumpulan buah sememangnya telah diwujudkan sebelum ini, namun disebabkan pengeluaran buah-buahan agak berkurangan sejak kebelakangan ini memaksa pusat tersebut tidak aktif.
“Pihaknya sangat berharap agar pusat pengumpulan ini dapat diwujudkan semula bukan sahaja memudahkan pemilik kebun dan peraih, sebaliknya juga turut membantu mempromosikan pelbagai buah tempatan di Batu Rakit, terutama durian secara lebih meluas .
“Apa yang membanggakan, hampir semua pokok durian berbuah dengan agak banyak pada tahun ini dan keadaan ini secara tidak langsung mampu memberikan pendapatan lumayan kepada pemilik kebun,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan penggemar durian sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mendapatkan durian bukit di kawasan Batu Rakit.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program ADUN Batu Rakit Bersama Komuniti‘Mai Makan Durian Segar Dari Bukit’ di Dewan Sivik Bukit Chempaka, kelmarin.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment