Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata program tersebut adalah julung kalinya diadakan bagi mengimarahkan lagi masjid-masjid di Terengganu.
“Kita beri peluang kepada mereka (belia) untuk mendapatkan ilmu sekaligus dapat mendekatkan mereka dengan masjid kerana kebiasaannya apabila sesuatu program diadakan kadang-kadang penganjur tidak menggunakan kekuatan yang sedia ada iaitui masjid itu sendiri.
“Jadi disebabkan itu, saya amat menggalakkan apa sahaja program yang melibatkan orang muda ini kita akan cuba libatkan mereka di masjid,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anak Muda Geng Masjid di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, hari ini.
Seramai 300 peserta menyertai program tersebut yang bermula pagi tadi dan akan berakhir petang esok.
Selama dua hari, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut seperti klinik al-Quran, pengurusan jenazah, tanyalah ustaz, kenali agensi kerajaan, sokong barangan muslim dan muslim busking.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga sedang merancang untuk membina beberapa frasarana rekreasi di masjid untuk kemudahan orang muda.
“Mungkin kita boleh membina ‘gym’, pustaka, pusat komputer dan sebagainya jika terdapat ruangan kosong bagi menarik minat orang muda untuk mengimarahkan lagi masjid,” katanya.
Ujarnya, dengan perbelanjaan bagi pembinaan sesebuah surau di sekolah agak tinggi ianya kurang sesuai jika hanya digunakan untuk solat Zohor sahaja.
“Kita mungkin akan laksanakan projek perintis di sekolah terpilih untuk buat kelas tambahan bermula jam 5 petang dan berakhir jam 9 malam dimana kita bolleh masukkan sekali slot solat berjemaah,” katanya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment