Páginas

Monday, 3 August 2015

Lawatan Ke Turkey Dan RM500 Ribu Menanti Pemenang Pertandingan Kebersihan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 1 AUGUST 2015


Kerajaan negeri menawarkan lawatan ke Turkey berserta RM500,000 wang pembangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam pertandingan kebersihan peringkat negeri.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pertandingan tersebut adalah bertujuan untuk mengindahkan landskap setiap bandar di Terengganu.

“Dengan adanya pertandingan ini, ia akan memberikan satu galakan untuk mereka bertanding sekaligus dapat menjadikan Terengganu negeri terbersih.

“Kita akan adili setiap bulan bermula bulan ini (Ogos) sehingga Disember dan jumlahkannya untuk hadiah tahunan dimana hadiah pertama merupakan lawatan ke Turkey berserta RM500,000 wang pembangunan, kedua ke Australia berserta RM300,00 wang pembangunan manakala ketiga ke Bangkok berserta RM200,00 wang pembangunan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Seberang Takir dan Majlis Pelancaran Hari Kebersihan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Permata Kampung Baru, Seberang Takir.

Turut hadir, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Pada majlis yang sama, kerajaan negeri turut menyumbangkan 10 buah lori sampah baharu kepada PBT di setiap daerah.

“Lori baru ini lebih sistematik kerana ia menggunakan teknologi tempatan dan harganya lebih jimat jika dibandingkan dengan yang seblum ini.

“Jika sebelum ini kita tempah lori sampah dari luar dengan harga lebih RM600,000 tapi kini kita beli dari SUMAI (Sumai Engineering Sdn Bhd) dengan hanya mengeluarkan belanja RM300,000 sebuah,” katannya.

Dalam majlis tersebut, lebih 20,000 pengunjung telah hadir membanjiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Seberang Takir tersebut.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment