Páginas

Wednesday 12 August 2015

Pelabur China Buka Kilang Sarung Tangan Sintetik Di Terengganu

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 9 AUGUST 2015


Pelabur China bakal menanam modal di Terengganu dalam bidang berkaitan petroleum selepas persetujuan dimeterai bulan hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia bakal merancakkan lagi ekonomi Terengganu.


“Buat masa sekarang, jika tiada aral akan ada satu pelabur pada dasarnya bersetuju untuk melabur di Terengganu untuk membuat  sarung tangan sintetik.

“Ini merupakan salah satu alternatif yang kita beri fokus sekarang dalam merancakkan ekonomi di Terengganu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam Program Jalinan Mesra Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Dan Pemimpin Masyarakat Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut Gong Kemuntong, Jerteh.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pegawai Daerah Besut, Dato’ A Rahim Jusoh.

Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata, bidang maritim turut akan diberi penekanan dalam meningkatkan ekonomi negeri.

“Terengganu mempunyai potensi untuk menjadi hab kepada industri maritim.

“Jadi kita juga sedang memberi penekanan untuk membesarkan Kemaman Suply Base (KSB) dan Pelabuhan Kemaman serta bakal membangunkan kawasan Pulau Kerengga di Marang untuk dijadikan hab maritim,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment