Páginas

Tuesday 25 August 2015

Teladani Kesetiaan Awang

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 23 AUGUST 2015

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengingatkan kepada ahli parti agar setia kepada parti walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pemimpin tertinggi UMNO.


Dalam ucapan yang disampaikan, beliau menceritakan tentang betapa setianya Awang yang merupakan pembantu kepada pelayar Portugis, Ferdinand Magellan dalam pelayaran mengelilingi dunia pada 1519.

“Awang tetap setia walaupun puluhan kali bahtera dipukul badai dan hampir karam, walaupun berlaku usaha penggulingan oleh beberapa anak- anak kapal, walaupun kepimpinan Magellan dipertikai ramai anak kapal kerana tanah baru yang dicari, masih tidak ditemui.

“Awang tidak lari dari perjuangan atau lompat keluar dari bahtera, walaupun beliau ada banyak peluang untuk berbuat demikian. Awang tetap meneruskan misi pelayaran mengelilingi dunia, walaupun di pertengahan jalan, Magellan terkorban,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus ke-27 Tahun 2015 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan para perwakilan.

Seramai 5,000 ahli UMNO termasuk dari sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kuala Nerus hadir dalam majlis tersebut.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment