Páginas

Monday 17 August 2015

59 Bayi Hasil Persenyawaan Tabung Uji

AUTHOR: SURIATI ALI 17 AUGUST 2015


Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berjaya mencatatkan 89 kes kehamilan dengan bilangan 59 kelahiran bayi hasil rawatan Persenyawaan Dalam Tabung Uji (IVF) di Pantai Timur sejak dilaksanakan pada November 2009.


Daripada jumlah itu, tujuh pasangan suami isteri berjaya mendapat bayi kembar di mana lima daripadanya kembar tidak seiras dan dua kembar lagi seiras. Manakala 30 kes kehamilan mengalami keguguran.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, berkata, jumlah kes kehamilan yang dicatatkan itu dianggap kejayaan besar bagi HSNZ kerana menepati sasaran hampir 20 peratus, walaupun rendah sedikit berbanding di negara-negara maju antara 25 hingga 35 peratus.

Katanya, seramai 715 pasangan suami isteri telah memohon untuk mendapatkan rawatan IVF, dan 463 daripadanya telah menjalani rawatan manakala 251 pasangan lagi masih dalam senarai menunggu.

“Antara kriteria kes yang membolehkan pasangan menjalani rawatan IVF di HSNZ, temasuk gagal hamil dalam tempoh dua tahun usia perkahwinan, umur isteri tidak melebihi 42 tahun, kedua-dua pasangan tidak menghidapi penyakit berbahaya dan tidak ada kontra indikasi untuk mengandung.

“Pemilihan kes untuk menjalani ujian itu terpaksa dihadkan antara 80 hingga 100 pasangan sahaja dalam tempoh setahun disebabkan kekurangan kakitangan,”katanya ketika ditemui Teganukita

Muhammad Pehimi, berkata HSNZ hanya mempunyai empat pakar perbidanan dan sakit puan (O & G), dua pegawai sains (embriologi) dan lima jururawat.

“Kakitangan lain yang turut menjalani tugasan itu., masing-masing seorang bagi ketua jururawat, juruteknologi makmal perubatan dan pembantu perawatan kesihatan,”katanya

“Kerajaan negeri memperuntukan RM1 juta bagi penubuhan awal unit IVF dengan membeli pelbagai peralatan dan ubah suai dewan bedah dan sebagainya di HSNZ, ”katanya

Katanya, manakala peruntukan tahunan pula sebanyak RM500,000, untuk membiayai kos ubat-ubatan dan peralatan pakai buang.

“Setiap pasangan hanya perlu membuat bayaran serendah RM3,000 hingga RM3,500 sahaja berbanding klinik swasta antara RM15,000 hingga RM25,000,”katanya.

“Kaedah persenyawaan dalam tabung uji ialah dengan menyatukan benih ibu dan benih bapa dan kemudian dimasukkan semula ke dalam rahim ibu,”katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment