Beliau yang dikatakan manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia dan sekaligus membuktikan dunia ini bulat . Di Muzium Terengganu sendiri terpapar kisah Panglima Awang anak Terengganu yang hebat ini.
Walaupun beliau dikatakan ‘orang kanan’ kepada Ferdinan Magellan seorang ahli pelayaran Portugis yang memulakan pelayaran ke timur dengan menuju ke barat atas tajaan Sepanyol (tidak pernah dilakukan sebelumnya), tetapi Awang dan anak anak kapal yang lain sampai kembali ke titik asalnya selepas Ferdinan Magellan terkorban.
Bermakna “Awang’ atau dikenali sebagai Enrique juga dipanggil Henry The Black merupakan orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia membuktikan secara jelas bahawa dunia ini benar-benar bulat.
Walaupun dalam konteks Islam, berdasarkan ayat Al Quran umat Islam telah pun memahami bumi ini bulat, termasuk Awang barangkali; tetapi bagi orang kristian dan pemahaman gereja waktu itu adalah bumi ini adalah mendatar dan boleh jatuh jika sampai ke hujungnya.
Awang ini merupakan tawanan perang semasa Portugis berjaya menakluki Melaka 1511.
Henrich atau Enrique, dikenali dalam sejarah pelayaran dunia sebagai “Enrique of Malacca”. Beliau merupakan hamba kepada tokoh yang dinobatkan sebagai manusia pertama mengelilingi dunia, Ferdinand de Magellan.
Hamba yang diberikan pengenalan sebagai “Awang” atau ‘Panglima Awang” atas kehebatannya itu; asal-usulnya ini ialah seorang tawanan perang berusia antara 12-15 tahun.
Beliau tawanan perang Melaka dikatakan dibeli oleh Magellan di Melaka selepas kejatuhan Empayar Melaka pada 1511.
Menurut catatan sejarah, hamba ini diberikan nama Enrique sebelum belayar ke Portugal mengikuti Magellan yang diperintah pulang ke Lisbon oleh Alfonso de Albuquerque (ketua armada tentera Portugis yang menyerang Melaka). Beliau berada di Lisbon menjelang Jun 1512.
Enrique muncul dalam catatan sejarah apabila terlibat dalam ekspedisi Magellan ke Kepulauan Maluku tajaan kerajaan Sepanyol (bukan tajaan Portugis) untuk mencari laluan baru ke timur iaitu menerusi pelayaran ke barat merentasi Lautan Atlantik dan Pasifik.
Tujuan kerajaan Sepanyol menaja ekspedisi ini adalah untuk menyaingi kejayaan musuh tradisi mereka iaitu Portugis pada era Zaman Penemuan abad ke-16.
Kesetiaan Enrique terhadap Magellan dan pengusaan bahasa Sepanyol yang begitu lancar amat dikagumi oleh Barat.
Orang Terengganu percaya, Awang sebenarnya adalah orang Terengganu, lebih-lebih lagi nama Awang itu sendiri amat sinonim dengan Terengganu.
‘Malah Awang tetap dengan pegangan yang kuat terhadap agama dan jati dirinya- tidak mudah jatuh cinta akibat godaan adik Magellan, bernama Meriam tetapi setia untuk kembali kepada kekasihnya Gayah yang masih menunggu kepulangannya’- petikan dari novel Panglima Awang oleh novelis silam, Harun Aminurrashid.
Di Terengganu banyak banyak tempat bernama Awang, misalnya Losong Haji Awang, Surau Haji Awang, Kampung Awang Lib, Jalan Pak Awang dan sebagainya.
Sekitar tahun tahun 1500, malah sebelumnya lagi memanglah Terenganu hebat dalam pelayaran dan perdagangan; pelaut Terengganu sudah mula belayar merentasi lautan.
Dikhabarkan perahu besar Terengganu banyak di lautan pada tahun tahun 1600.
Orang-orang Melayu Terengganu adalah pembuat bot yang pakar.
Masyarakat Terengganu telah menjalankan perdagangan antarabangsa menggunakan perahu besar membawa barangan seperti barangan tembaga, kain dan rotan dari Terengganu menuju negeri Indo-China dan Indonesia.
Bahkan kerajaan Telanai Terengganu dan zaman pemerintahan kerajaan Islam Mandalika di Kuala Brang yang tercacat di Batu Bersurat sejak tahun 1303 lagi.
Kebenaran FO-LO-AN (Kuala Berang) sebagai sebuah pusat perdagangan di Abad ke 12,berkemungkinan adalah bukti Terengganu telah lama mendahului zaman.
Bahkan selepas itu Terengganu mempunyai hubungan dagang dan pelayaran dengan China melalui kedatangan Laksamana Cheng Ho, termasuk memasuki Sungai Nerus sejak tahun 1400 lagi.
Justeru itu, tidak mustahil malah amat munasabah “Panglima Awang” ini adalah anak Terengganu yang pergi berdagang di Melaka waktu itu, mungkin mengikuti pelayaran keluarganya.
Malangnya dalam waktu usia belasan tahun Melaka di tawan Portugis dan Awang adalah pemuda yang datang ke Melaka turut menjadi tawanan kepada pihak Portugis, wallahualam.
Apapun semua ini menunjukkan Terengganu telah lama menemui tamadunnya. Usah didiebatkankan benar atau tidaknya Panglima Awang ini dari Terengganu atau tidk, tetapi yang penting ambillah teladan dari kehebatan dan kejayaannya.
Bagaimana tamadun dan kehebatan itu perlu dikembalikan melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) bersamalah kita usahakannya, bak kata Dato’ Seri Ahmad Razif, ‘cara lama, dimensi baru”.
Kembalikan semula kegemilangan lama Terengganu dengan ‘dimensi baru”!
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment