Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya sentiasa sedia bekerjasama dengan pengamal media bagi memastikan usaha untuk membangunkan Terengganu dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
“Sumbangan pengamal media sangat banyak dalam pembangunan negeri ini. Kita semua perlu saling bermuafakat kerana sekiranya digabungkan fungsi media dan kerajaan sudah tentu negeri kita akan cemerlang dalam segala aspek.
“Kerajaan negeri memerlukan pengamal media, pengamal media memerlukan kerajaan negeri,” ujarnya.
Pada majlis itu, Kumpulan Media Prima Berhad mengungguli Anugerah Kewartawan yang dianjurkan Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) bersama Perniagaan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil (Malaysia) apabila menang lapan kategori yang dipertandingkan.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment